Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Tuesday, July 26, 2011

dengan ini, aku undur diri~

Assalammualaikum *nada prof izi hj Ali*

dengan berat hati aku nak announce yang this will be my last post.. aku akan stop menulis blog until i dont know when.. i'm not gonna private this blog and i'm not gonna quit from blogging forever.. aku just need some time n space untuk bermuhasabah diri..

now, tahap kecewa dgn diri sendiri sangat tinggi.. semangat nak berdiet kuat.. ada! but semangat tanpa usaha still sia2.. so aku decide untuk tak lagi menulis kat sini sampai satu masa yang belum tentu bila.. maybe after raya.. tak lama pun.. sekejap je sebenarnye.. hik2.. aku malu sebenarnye.. keep saying diet diet diet but hakikatnya~.. so this time aku nak usaha dalam diam je.. pape jd pun aku sorang je.. will be back, of course.. maybe akan kembali dgn berita gembira.. siapa tahu kan?

till then.. selamat berdiet kawan2.. selamat berpuasa and selamat hari raya..

sgt berharap, bila aku kembali nanti.. aku akan lebih kurus dari ni.. =P

Sunday, July 24, 2011

camera trick~

"awak ni bile nak kurus.. dah 8 tahun org tunggu.. penat tau tak"
"awk penat tunggu je.. yg penat nak tunggu, berusaha,nak puaskan hati awak tu org ni ha!. org dah penat!"
"ok fine.. if org suruh awk buat benda baik pun awak penat.. gi la buat hal awk sendiri.. org tak kisah dah apa awak nak buat lepas ni.. org dah tak nak apa2 dari awak"

ingatkan this time take 2-3 days la untuk berbaik. kiranya selepas berbulan ni la gaduh paling teruk kami abad ini.. haha.. pastu konon memangis la sebab rasa macam eh dah clash ke aku.. dulu gaduh time aku still student.. now gaduh time aku dah kerja.. lain kot situasinye.. ending maybe tak same.. sekali next day

"hai mok buat ape tu.. org nak gi makan kat bangi ni.. jangan jeles dak mok"

ok sama je rupanya macam dulu2.. hik2.. bazir air mata aku je.. tapi takpela.. lama dah tak gaduh teruk camni.. and lama dah tak membongokkan diri menangis sebab lelaki yg belum tentu jadi suami.. wahaha... duk happy manjang.. kena la ada penyedar sikit kan.. anyway semalam aku gi bukit tinggi.. hepi pulak sebab banyak gambar nampak kurus *dimata aku*...


da best camera trick award goes to

*pose anjing kencing T_T*
ok hakikat sebenar



hik2.. berangan memang indah~

Friday, July 22, 2011

hi~

life great so far.. nothing much happened.. pakcik meninggal selasa hari tu.. rushing balik kelantan.. next day hantar nenek sedara gi kedah.. sempat la petik buah2 kat kebun dia.. then balik rawang, pergi kerja balik kerja macam biasa.. puasa ada lagi 6 hari tak ganti.. so tengah struggle ganti puasa.. padan muka buat last minit.. tapi rasa lega jugak..

bila puasa ni tak tau nak cakap apa pasal diet.. sebab makan time berbuka je.. malam td makan nasik macam biasa.. medium portion.. tak banyak tak sikit.. but takde la tambah pun.. ikan kicap, tempoyak, sambal sotong.. pastu kat rumah pun ada banyak buah.. so makan je la buah2 tu especially durian.. sahur? erm aku boleh puasa tanpa sahur.. since belajar lagi.. but ramadhan kat rumah kena sahur.. nanti ayah marah.. sahur kan sunat.. but for puasa ganti ni tak sahur pun..

and hari ni mata sembab pergi ofis.. haha.. anak gadis yang belum kawen lagi ni.. apa je la penyebab mata sembab kan.. hik2.. after berbulan2 hidup penuh bahagia.. akhirnya malam tadi terback to realiti.. hidup tak selalunya indah.. its ok.. asam garam kehidupan.. nanti ok la tu.. hope so~

Sunday, July 17, 2011

salah faham~

holla... hik2 comel betul komen2 kat previous entry.. alahai.. guys, i'm not giving up.. if nak tau, aku ni seorang yang if nak something, aku akan make sure aku dapat benda tu.. susah camne pun memang aku akan dapatkan.. even guna cara yang teruk.. eh.. so ayat "that's all and i'm done" tu bukan bermaksud ok dah malas diet, give up! tak bukan itu.. statement aku sbnarnye bermaksud, "aku nak kurus and diet je, once berjaya, that's all.. i'm done.. takde apa lagi dah benda yang saya inginkan".. hik2

ok sebenarnye blog terabai ni sebab sabtu lepas aku ada exam PTD.. so busy study.. dengan kerja lagi.. sebab aku ni ambil alih tugas someone from singapore.. so minggu depan last la training before tugas tu sepenuhnya jadi milik aku kat malaysia ni.. dengan busy transition kerja lagi, study for PTD lagi.. penat sangat.. penat otak.. tell you, soalan2 seksyen B dalam buku latihan exam ptd tu sangat boleh bikin gila.. contohnya seperti dibawah T_T



tapi sebenarnya exam sebenar, takde la segila ni soalannya.. way better.. tapi seksyen A kantoi banyak.. sebab pasal pengetahuan Pasal Malaysia and dunia.. contohnya apakah website rasmi kerajaan (senang but erm erm).. sukan sea tahun ni kat mana (seriously tak tahu, tanya parents and jalal pun tak tau.. tadi tgk berita baru tau. T_T)


then pasal diet pulak.. aku makan je macam biasa.. i mean takde la makan banyak gile.. kontrol la jugak.. but weekend ni si jalal tu datang rumah.. so malam tadi belanja makan dia and family aku kat seafood Jeram.. banyak giler aku order.. Ketam cili, udang butter, siakap 3 rasa, sotong tepung, pari and cencaru bakar, kerang bakar.. see banyak giler kan.. and sedap sangat la.. murah pun murah..


ummi : isha ni dulu pernah satu time tu kurus kering.. 
isha: takpe, time tu akan datang lagi *sambil leka menggigit kulit ketam*
jalal: haa betul la tu makcik.. dia tengah berusaha la tu *sambil memuncungkan mulut ke arah cik nisa yang sedang sedaya upaya menghabiskan lauk tanpa menghiraukan keadaan sekeliling*

and hari ni pulak pergi sekolah adik dia dekat MRSM Trolak tu.. celebrate besday.. so makan la KFC seketul.. padahal before tu bukan de makan apa pun.. tapi kenyang semacam.. so akibatnya, just now aku makan nasik tambah 2 kali.. tau tak kenapa.. ada budu and petai! aku masa kecik2 sangat suka makan nasik berkuahkan budu and makan dengan petai mentah.. heaven! *matila sape masuk toilet lepas aku esok*


oh and baru je dapat msg from jalal.."mok, adik sms org tadi best gile.. mesti mok jeles.. jap org forward"


T_T
tak jeles! pelik adalah.. bukannye hensem pun.. *panggg kena lempang dgn jalal* hik2..

dan kami juga sudah mula mencari rumah untuk dibeli selepas kahwin tidak lama lagi..*jalal kerja KLCC, aku sebelah OU*.. so any idea kat mana yang sesuai? *hik2 gelak miang*

Wednesday, July 13, 2011

that's all and i'm done~

kenapa entah lately rasa agak down.. macam ade termiss something.. tapi apa?

nak cakap pasal kerja, no probs at all sebab aku sangat suka dengan kerja aku, colleague, work load, job scope semua dah perfect macam yang aku nak..

pasal family, erm hepi je now.. takde masalah papepun.. since adik grad ni lagi la happy.. hari2 kumpul ramai2 borak2 gelak ketawa..

pasal cinta? lagi la.. kata dah nak kawen.. tahap toleransi pun insyaAllah ok.. hik2..

pasal kawan pun.. sekarang semua dah dapat kerja yang bagus2.. so boleh la hang out tanpa fikir kos lagi.. kalau tak asyik takde duit manjang.. huhu

pasal duit, insyaAllah cukup sebab aku bukan la shopaholic and suka berbelanja bukan2 except for food.. *lagi mau komplen gemuk2.. mkn tak hengat*


hmm aku pun tak tau.. maybe sebab tak berjaya diet kot.. oh perasaan tak berjaya kawal nafsu makan time diet ni sama macam perasaan kawan2 dapat deans list tapi ko dapat pointer below 3.. sdey frust and rasa loser.. because u can work towards it, to achieve it but sebab ko malas, tak kuat then u deserve whtaever the result.. tetapi at the end ko jugak yang rasa loser.. because orang lain berjaya tapi ko tak.. again memang aku deserve dapat apa yang setimpal but why aku tak boleh force myself to be a part of them yang berjaya..

lagi2 bila baca entry lama2.. aku boleh je diet.. time tu bukan main berat turun.. makan pun bukan main jaga.. exercise pun rajin.. now semangat tu macam dah hilang.. sampai rasa nak give up.. but aku tak tau if aku give up or aku teruskan.. aku tak tau sape yang untung sapa yang rugi.. ada ifek ke kat diri sendiri.. *soalan bodoh*.. entah la.. penat.. penat mencari inspirasi, kekuatan & motivasi untuk meneruskan perjuangan..

trust me, bila saya berjaya diet, maka separuh keinginan dalam hidup saya sudah lengkap.. tu je yg saya inginkan sekarang.. selain kawen.. hik2 *tersipu malu *

=(

Saturday, July 9, 2011

clue~

senang je nak tau progress diet aku ni..

if lama tak update blog ni, diet selamat belayar ke tengah laut..

if sikit2 nak update.. semangat tengah membara..

chow~

Sunday, July 3, 2011

3 Days Diet~

yezzaaa.. hari ni nak bercerita tentang pengorbanan yang kurang memberikan hasil malah mengecewakan.. T_T.. hari rabu lepas adalah hari last aku buat 3 Days Diet.. nak tau pasal diet ni? klik HERE, HERE and HERE.. nak versi lebih mudah difahami?.. klik diSINI..

Maka, aku pun eager la nak try this diet lagi2 baca review kat internet, tak pernah lagi jumpa yang tak berjaya turun bawah dari 3kg after 3 hari mengamalkan this diet.. dah la dekat FB pun geng2 diet cerita yang memang berkesan and they all turun 3kg selepas 3 hari.. maka dengan perasaan yang eager and inginkan berat turun mendadak.. aku pun mencuba dengan gigihnya.. ok ni antara apa yang aku makan.. based on menu given la of kos..

DAY 1 

DAY 2

DAY 3


so pada hari khamis aku pun dengan semangat menimbang dan hasilnya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
turun 1kg sahaja tunai.. so maaf, kerana terlalu kecewa.. aku tak snap pun pics scale.. frust.. yes i know setiap org berbeza penurunannye.. n i know turun 1kg untuk 3 hari is good enough.. but i want more.. i mean.. i expect more.. dalam 3 hari tu.. i'm starving ok.. and banyak gila dugaan yang aku berjaya lalui.. dengan lemah longlai nak berjalan kaki more or less 2km everyday.. dengan each day ada je la food2 sedap terhidang depan mata.. aku tak ngelat lansung.. aku just follow the menu.. but still.. tak berjaya.. yes aku frust.. sebab baca org lain semua berjaya turun 3kg.. i repeat, BERJAYA TURUN 3KG..

but untuk mempositifkan diri.. aku fikir berat aku before 3DD tu 71kg.. turun 3kg means 68kg.. what? tu antara berat minimum masa aku berdiet dulu.. kire if aku sampai 68kg pun dah hepi coz perjalanan makin hampir.. so bagi aku.. tak logik.. maybe if berat 79kg turun 76kg aku tak terasa sangat.. hik2.. sebab nak menukarkan angka 7 kat depan kepada 6 tu.. sangat la susah.. so ok la.. lega la sikit.. *alasan tak logik*

so i guess, aku tak sesuai kot dengan 3DD.. or maybe berat aku dah capai tahap plateau.. sebab kan.. before this, if korang selalu baca blog aku ni, korang tau la aku memang slalu cakap berat aku cepat turun and cepat naik.. but this time sangat susah nak turun.. oh plateau.. kenapa baru sekarang nak jadi.. aku nak kawen tahun ni.. sob2..

 
Template by suckmylolly.com - header candies by Tayoindesign