Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Saturday, April 20, 2013

Sesi penimbangan pertama kami berdua

suami - from 82kg to 80kg
me - from 79.6kg to 77kg
 
not bad kan untuk seminggu?
 
mode: super duper happy sampai macam-macam makan hari ni.. wahahahaha

Thursday, April 18, 2013

Atkins - day 5

Live from tutti frutti alamanda.. hmm husband mmg tak boleh skip benda manis la. tak makan banyak tak pe. tapi mesti kena ada benda manis. so disinilah kami. And aku pun tumpang sekaki. esok ada sesi penimbangan. Kita tengok ada penurunan tak.. anyway, saja nak share menu for today
Breakfast - 1 telur, 1 hotdog, 1tbsp kewpie mayonis
lunch - 2 kembong stim, 100g kangkung bilis, seketul ayam merah
Dinner - 2 ketul ayam panggang
and supper tutti frutti 5 sudu. wahahaha.. jangan tiru aksi ini

Wednesday, April 17, 2013

Atkins - day 4

boringnya hari ni. again, husband lemah je today. memang tak larat betul. Padahal lunch makan meriah jugak tadi. balik umah baring je. alahai laki ku.
Aku cam biasa. ok je. jadi agak suram la malam ni. dah la kat tv cerita tak best.. mengadap kipas je la. Anyway tadi kitorang semangat pergi alamanda. Dapat voucher ayamas beli 2 ekor ayam panggang dengan harga sekor. konon nak buat stok la.sekali kat kaunter, manager dia cakap dine in je. aiseh tak baca elok2 pulak. gile hape nak makan 2 ekor. Pastu agaknya dia kesian, dia bagi la kitorang take away. tapi tu pun membebel cerita ramai customer datang bla bla guna voucher bla bla tak baca bla bla.. ikutlah akak oi.....
Sampai umah cepat2 mengadap ayam ni. Ikut tahap kelaparan, boleh je nak habiskan 2 ekor tapi husband cakap dah2 stop, kita diet. tu pun after makan 4 ketul sorang. wahaha. K la. Selamat berdiet everyone

bila laki bini berdiet


kenapalah susah sangat nak update blog ye sekarang.. dah la pendirian tak tetap.. kejap nak jadikan blog diet, kejap tak.. ok lah.. untuk enam ratus empat puluh tiga juta kali, aku nak bagitau yang aku tengah berdiet.. haha.. ok sebelum sambung cerita pasal majlis kahwin aku (entah bila pulakkan nak update pasal tu).. ceq nak khabaq yang since 7 bulan kahwin ni, berat kami laki bini naik 7kg bak ang.. adoiiiii.. pengsannnnn~

sesungguhnya hanya di blog ini sahajalah aku berani nak reveal berat aku *konon*.. sebab kat twitter, facebook, instagram ramai membe lelaki.. hik2.. kat sini even diorang baca pun bukan aku tau.. kat sana sah2 senang dibaca oleh mereka2.. tu pun dekat husband sendiri aku tak share berat aku.. malam semalam je terpaksa bagitahu time kitorang diskus strategi berdiet.. eh cop.. kitorang?yeah right.. sekarang ni bukan aku je nak diet.. husband pun nak folo sekali.. seluar dia memang dah ketat tak leh pakai unless rela dilihat seperti sarung nangka.. plus if tengok gambar awal kahwin pun, agak berbeza sikit dengan sekarang.. hamboi.. pandai sangat ke aku masak ni? hik2

 before 

after. ada la beza sikit kan. heh

kisah berat aku pulak.. masa hari perkahwinan, berat aku adalah 72kg.. tu macam dah limit.. aku diet turun 70kg, makan banyak naik 72kg..since aku stop diet dulu, around tu je la berat aku.. so aku bajet memang tu la range berat tetap aku and takkan melebihi 72kg.. memang la nak try diet sampai 45kg (hamboi!!!) one day.. tapi entah bile... aku memang sedar berat aku naik sebab jangan kata seluar and baju je dah ketat.. all the dalams dalams pun dah tak selesa nak pakai..  jadi pada hari khamis minggu lepas.. ofis aku buat health screening and aku pun pergi dengan hati yang hepi.. bile part timbang berat je.. jeng jeng jenggggggggg...

79.6 kg!!!!!!!!!!!!!!!

homaigodddddddddd.... sepanjang hidup, berat aku yang terberat adalah 80kg.. and now, lagi 0.4kg nak sampai limit tu.. no way!!!!!! i blame my husband for this.. hahaha ampun banggg.. amek ko.. dulu sebelum kahwin dok canang kat blog nak kawen nak kawen nak kawen.. dah kawen, terus lupa diri... then bila dah tau berat adalah ditahap kritikal, told husband aku nak diet.. serious! sebab semua dah ketat and kena spend banyak nak beli pakaian baru.. so dari membazir macam tu, baik aku diet.. boleh la berjimat sekali.. and dengan tetiba si husband pun cakap dia nak follow diet.. ok ini sudah bagus..

jadi weekend lepas, officially kitorang dah start diet atkins.. ni first time aku diet atkins..before this diet ikut suka.. nampak cam senang but for us, lagi-lagi husband, diet ini sangat2 susah.. macam aku oklah sikit, dah biase diet.. but husband first time diet and aku rasa macam tengah berpuasa dengan budak baru nak belajar puasa.. kesian.. second day diet, kemain lembek lagi dia.. takda tenaga.. sebabnya laki aku ni sweet orangnye.. hahaha panggg... maksud aku dia ni pemanis.. memang kena minum air manis.. dalam peti ais always ada stok air sirap.. air kosong minum kat ofis je.. kat rumah tak pernah nampak minum air kosong.. jadi bila dia cam collapse, asyik tanya "boleh tak makan ni. boleh tak makan tu".. kejap2 bukak peti ais.. kesian wehhhh.. sampai aku cakap "minum je lah sikit..takpe".. tapi if benda tu high carbs, dia tetap tak nak makan/minum.. memang sangat berdisiplin lah.. padahalnye banyak jugak kitorang makan pun.. bukannya berlapar berpuasa pun.. saikologi betul laki aku ni..

jadi hari ni hari ke-4 lah kitorang diet.. tu pun ada la mengelat lagi.. hari isnin, makan cheesecake sikit.. semalam makan frozen yogurt sikit.. sikit je la.. slow2 la kan.. kesian kat husband. dah nye aku yang pujuk dia makan sikit, dengan aku2 pun gi makan.. supportive la katakan.. wahaha..and semalam ktorang beli penimbang baru.. and sekarang berat aku adalah 78kg... woohooooo.... tolonglah bulan ni turun sampai 70kg.. haha mustahil.. oklah.. doakan kami ye.. haish camne pun, aku tau.. kitorang diet sesama ni, berat lelaki sure lagi cepat turun... sobs abg.. jangan la kurus dulu.. tunggu orang.....


gambar terbaru aku dengan berat 79.6kg tunaiiiiiii

anyway masa malam husband lembek giler tu.. before tidur kitorang berborak as usual

hubs:awak, siyes penat giler diet ni.. 
me: memang la.. awal2 camni la.. sebab dah biasa makan banyak.. bila kurangkan rasa la lemah sikit.. tau pun camne orang rase time diet2 dulu tu.. penat tau
hubs: hmmm kesiannya awak.. punyalah penat camni diet, takde hasil pulak
me:y&^$@*GH#*Y0




Monday, February 18, 2013

Engagement Day


selamat hari isnin.. argh..hari yg paling bosan.. padahal if cuti jumaat sampai isnin, selasa baru start kerja, xde pulak tuesday blues.. msti nak isnin jugak.. tak paham betul... nasib baik tak jem hari ni.. if tak bertambah la blues and pengamukkan..

ok.. hari ni saja nak cerita pasal camne boleh terkahwin pulak dengan jalal ni.. sebab kadang2 if membe tanye, aku pun tak reti nak cakap.. semua berlaku dengan pantas.. ewah.. macam yang korang pernah baca kat blog aku (kalau ada org baca entry ni la.. hik2), aku ni memang la nak kahwin kan.. asyik tulis nak kahwin tapi takde tarikh pun.. cakap je nak kawen tahun ni la ape la.. even seminggu afer decide nak kawen pun aku bersedih sebab nak kawennnn and si jalal as usual, tunggu kurus dulu.. then nak dijadikan cite, jalal dapat la bonus... bila dah dapat bonus tu dia cakap dia nak siap2 beli cincin tunang and kahwin.. nak buat bekalan kahwin nanti.. aku pun layankan aje la.. siap suruh dia beli size kecik sikit konon2 akan mengurus la time dekat2 nak kahwin.. ye la, tarikh pun takde.. tahun bile pun tak tau..

jadi bila dah ada cincin ni, mood nak kahwin pun tetiba muncul.. tapi jalal cakap duit tak cukup lagi nak kahwin.. so tak leh la kawen tahun 2012.. time tu pulak parents aku dah cam tanye2 bila la nak kawen lagi2 ummi sebab dia tak larat nak tolong coverkan kat ayah bila aku gi dating.. ayah memang tak bg lansung aku keluar berdua.. see, dah la dosa gi dating dah ada, tambah dosa tipu ayah lagi.. serius time tu rasenye teruk sangat and tu la reason aku nak kawen sangat.. tak larat nak hidup dalam kesesatan.. ewah.. jadi, pada suatu hari, ayah and ummi pun nak slowtalk dengan jalal untuk selesaikan semua ini. time tu aku duk je dalam bilik.. ayah tak bg dengar... and aku memang lansung tak dengar or pergi curi2 dengar.. selepas beberapa jam, ummi pun panggil cakap "ok, isha kahwin tahun ni.. jalal dah setuju".. then honestly, aku tak ingat pun ape perasaan aku time tu.. aku rase mestila aku hepi kan.. and aku pun ada msg something kat jalal. but aku tak ingat ape aku tulis..

ok selepas decide nak kahwin tahun ni tu, ayah suruh family jalal datang merisik.. mula2 nak buat majlis tunang tapi ayah cakap kalau dah tau duit tak berapa nak ada, kenapa nak buat majlis bagai, datang risik je dah cukup.. parents je datang.. ok la aku setuju je.. sebab aku pun bukan ada simpanan sangat.. and jalal pun setuju.. sekali, bile lagi seminggu nak risik.. jeng jeng jeng.. jalal call cakap family dia nak buat majlis tunang jugak.. and bawak rombongan sedara semua.. terus la kitorang kelam kabut prepare semua.. reason kenapa parents jalal nak tunang jugak sebab katanya aku dah la anak perempuan tunggal dalam family, anak first. so parents dia nak aku rasa proper step la kearah perkahwinan.. seriously terharu sebab aku ni bukan jenis kisah sangat pun.. maka pada 3 June 2012, kami selamat ditunangkan..









seperti yang dilihat, majlis tunang aku memang simple je.. dah la time tu mmg makin gemuk.. hehe.. baju pun bukan baju lace2 tempah ke hape.. pelamin pun memang kerusi tu dah kat situ.. ummi tambah bunga supaya tak nampak kosong.. tu je.. hantaran pun makcik2 je tolong gubah.. memang simple macam aku nak.. ye la, preparation pun seminggu sebelum je.. but aku happy sebab semuanya berjalan lancar.. Alhamdulillah

okla penat tulis panjang2.. next aku cerita camne boleh terkahwin 3 bulan lepas tunang tu.. padahal kitorg ni plan lain, jadinye lain.. till then

Friday, February 15, 2013

Yoohooo.. i'm back!

Assalammualaikum.. ehem.. apa khabar blog? wow banyak dah berubah sepanjang peninggalan aku kan.. ewah.. honestly, since last time aku upadate blog tu.. aku tak pernah dah menjenguk ke sini.. sebabnye kan ni blog diet.. so dah memang tak diet at all memang blog ni pun dilupakan.. anyway.. nak say thanks sangat kat pemberi semangat masa aku update entry terakhir aku tahun 2011 tu. (yg tahun 2012 punya entry sila abaikan.. entry picisan =P).. memang boleh bikin nangis.. even dah nak dekat 2 tahun pun korang memberi semangat but kadang aku baca jugak tau.. yeah people like me perlukan pembakar semangat sehebat korang.. hik2.. cumaa... bila dah lama tak update blog ni.. confirm dan sahih pembaca semua dah lari.. and rasanya mana yang baik dengan aku dulu pun dah lupa kot sape aku.. hehe.. its ok.. itu normal.. price that i have to pay.. ewah.. menda la melalut ni kan..



thanks a lot guys.. sobs.. even dah setahun setengah tp masih still luv u lah!. but wondering.. korang still berblogging ke? or still bace blog ni? or still ingat saye? hehe..

hmm and sebenarnye, aku pun lupa camne nak menulis.. bila bace balik entry lama2, rasa macam "eh betul ke aku tulis ni.. camne leh fikir camni eh".. menunjukkan dengan meningkatnya usia kita, pemikiran pun akan sama meningkat.. heh memang la kan.. kala pemikiran sama je, sampai bebila pun tak cerdik.. huhu.. see.. first post dah membebe panjang2... part ni tak berubah lagi la.. hik2

anyway.. dengan munculnye blog ni kembali, tak bermaksud aku nak start berdiet balik tau.. actually memang nak diet tapi malas nak cakap ape.. sebab lepas kawen ni, semangat nak diet seminggu je.. pastu hilang.. then bulan depan.. seminggu diet, then kelaut balik.. so nak tunggu bile betul2 kusyuk dan tawaduk nak diet baru nak kembali ke blog.. insyaAllah sampai beranak 5... eh chopppp... did i say lepas kawen? jeng jeng jeng... oklah.. bagi sesiapa yang bukan friends aku kat fb, sukacita dimaklumkan bahawa saya sudah selamat mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang tak lain tak bukan, Ab Jalal.. hari ni sudah genap 5 bulan.. hehe.. sesape yang pernah baca and mengikuti blog aku dulu2 agaknye igt kot sape jalal ni.. lelaki yang tak habis2 suruh aku kurus.. yang suke ejek macam2 *tapi sweet.. muntahh*, lelaki yg some of u suruh fikir elok2 if nak teruskan dengan dia sebab yeah, if sayang mesti leh terima seadanya kan.. tapi laki aku ni selagi tak kurus selagi tu la cakap cakap cakap... ok la bagi sape yg tak ingat nah baca kat SINI la perbuatan2 dia kat aku sebelum ni.. hik2 cakap cam perbuatan jahat je kan.. tak laaaa... maksud aku perangai laki aku dulu2 ni haa..and sampai sekarang pun.. hehe

oklah.. will update later pasal camne boleh terkahwin pulak ni.. mengejut jugak tau keputusan kitorang sebenarnye.. huhu.. till then.. seriously sangat rindu time dengan korang dulu

 
Template by suckmylolly.com - header candies by Tayoindesign