Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Tuesday, May 10, 2011

mother's day~

wallpaper baru henset aku really work!! bila nak makan tengok wallpaper and baca msg tu terus rasa oh man, tahan pliz!

and last week, sebenarnya nak update and cerita yang happy sangat sebab aku dapat kawal nafsu makan.. last week pergi interview kat bandar utama.. then ingat nak singgah one utama nak beli takoyaki tapi tahannnnn.. oh ni mungkin satu pencapaian terhebat buat masa ni sebab hari tu aku sanggup datang jauh2 just because this takoyaki.. then lalu pulak kedai mamak yang serve the cheapest kari kambing in town.. eceh padahal dulu hari2 pergi sampai mamak tu bagi diskaun melampau.. nasik dengan kari kambing membukit makan setahun pun kenyang = RM3.50.. mana nak dapat weiii.. aney tu kalau nampak kereta aku dari jauh pun sengih2.. sehari 2 kali aku makan kari kambing.. memang tak boleh tahan.. but last week, suprisingly, tak tergoda pun.. hoorayy for me!


TETAPI.. jeng jeng jeng

khamis last week, nenek sedara datang tidur kat rumah.. sorang from kedah and lagi sorang from kelantan.. and both sangat terer masak.. so diorang datang rumah aku bukan tidur semata2.. diorang masak! and i eat a lot! jumaat malam mereka masak laksa lemak yang kuah macam laksam tu.. ya rabbi sedapnye.. makcik yang kelantan tu memang pakar.. kuah pekat lemak memang da bom la.. and sebenarnya memang tak terliur pun.. tapi bila dia semangat isikan dalam mangkuk and bagi aku.. takkan aku nak tolak.. mula2 memang tolak tapi dia marah cakap penat masak untuk isha tau.. yes! memang dulu dia masak aku sangat suka and tambah banyak kali.. tapi now isha diet la mak usu T_T.. tapi disebabkan dia dah isikan siap2 and time tu takde orang lain yang boleh makan so aku terpaksa la makan.. makan dalam tangisan.. wahaha

then jumaat tu makcik yang kelantan tu masak laksa penang and yang kedah tu masak telur ituk masak lemak cili api.. actually laksa penang ni bukan fevret aku pun.. aku tak gemar sangat pun.. tapi macam biasa, dia isi siap2 and aku tiada pilihan.. lepastu makcik kedah pulak siap2 hidangkan telur itik tu kat aku.. weh orang tua ni kalau semangat hidang n suruh kita makan n ajak makan sekali, sangat touching tau.. rasa disayangi.. hik2.. dah la jarang jumpa.. setahun sekali.. so aku terpaksa la makan.. noooo ini bukan alasan tapi memang betul2 terpaksa makan sebab dikelilingi kasih sayang yang menggembirakan.. *eleh*

then sabtu pulak.. last day mereka kat rumah aku.. mak aku buat nasik dagang.. and nasik dagang pun bukan la fevret aku sangat.. tapi bila makcik masak gulai ikan tenggiri tu terliur la pulak sebab nampak sangat sedap.. and yes.. hari sabtu tu memang makan dengan kerelaan hati.. tapi tak banyak pun.. makcik2 tengok pun kesian sebab diorang tau aku makan banyak and bila diorang tengok aku amek sikit je nasik tu diorang sedih.. hik2 comel betul nenek sedare 2 orang tu.. dah la sepanjang hari duduk kat dapur ramai2 sambil bertukar resepi.. macam kelas masakan yang kecoh.. menyampuk sikit kena sound sebab pening resepi bercampur2..
nasi dagang tersedap sepanjang hidup.. tak suka pun jadi suka

and yesterday, seperti yang kita tahu, mother's day.. disebabkan aku still penganggur so aku tak boleh la bagi present yang best2.. tapi aku spend a lot untuk beli barang2 masak.. so semalam aku masakkkkkk


lamb chop and chicken chop.. ala hidangan biasa.. but aku suka sangat sebab semua aku yang prepare.. from marinade, gravy and mashed potato *org tak pandai masak mmg camni, masak telur pun excited*.. ummi duduk diam2 dalam bilik.. ni semua resepi dari makcik aku.. and seriously.. gravy resepi makcik aku ni sangat la sedap.. ummi and ayah pun suka sangat and dia cakap after this makan western kat rumah je la sebab rasa dah setanding kedai.. ummi pun puji mashed potato tu.. happy bila tengok family kita hepi dengan apa yang kita buat.. so ummi, bila isha dah kerja nanti, isha akan belanja ummi selalu ye..

 ummi n mak cik nya.. i luv u ummi! 

and today, diet pun bermula~

4 comments:

cik nina said...

omaigod!!..sangat sedap sume tu..waaa..terus lapa..sob3~

Nisa~ said...

huhuhu.. masak la kat sane nina.. nasik dagang tu.. senang je.. beras tu leh guna beras pulut.. huhu

N a d i a said...

perghh.

jangan kata nisa, kalo saye dalam situasi camtuh pon sendiri akan menyerbu! hahahaha..

Nisa~ said...

hehe tu la.. rezeki depan mata kan..

 
Template by suckmylolly.com - header candies by Tayoindesign