Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Sunday, May 29, 2011

hidup sebagai pekerja~

haish ape nak cerita ye.. actually nak tulis pasal food kat one utama but next time sebab tak puas hati tak dapat floorplan ou.. nanti bila dah ada baru nak story mory.. anyway.. seperti post lepas.. aku sekarang dah menjadi seorang pekerja.. tidak lagi duduk menternak lemak kat rumah.. tapi menternak lemak kat opis plak..

currently, im hepi with my job.. sebabnye aku tak de kerja lagi.. hik2.. kang dah ade kerja  mau sumpah seranah kan..actually hari isnin sampai khamis tu agak down sebab takde kawan lagi, kerja pun takde padahal satu team busy sebab dah month end.. balik rumah bila ingat pasal tempat kerja sure nak nangis.. sedih lain macam n i guess tu mesti PMS.. sekali amek ko, hari khamis memang cik bulan datang.. so hari jumaat terus hepi n fall in love with my job..

anyway, kedudukan ofis aku pun sangat la tak strategic untuk orang yang berdiet.. hik2 alasan ke seribu pat ploh pat.. office aku next to seri pentas and one utama.. so area tu, parking paling murah adalah dataran yang terletak di new wing one utama.. kena jalan agak jauh from new wing to old wing tapi demi RM1/day, ku gagahkan diri.. plus ni la impian aku.. dah kerja nnti nak parking jauh2 so that boleh jalan kaki and exercise la kononnye..


see jauh kan.. dah keluar ou kena lalu lobby hotel pulak.. mencabar gila laluan gi opis..

TETAPI.. kalau la laluan perjalanan ko adalah di dalam mall.. and melalui floor G & LG dimana segala mak nenek kedai makan ada.. agak2 sampai manakah nafsu makan mampu bertahan... dari parking ke ofis, aku melalui lebih kurang 40 kedai makan.. kfc, kenny rogers, sushi king, carls junior, mcD bla bla bla.. ewah cakap macam banyak duit je kan nak makan situ sini.. tapi dah memang time lunch, ou la satu2nya tempat yang logik untuk makan.. kalau ada cafe office macam time intern dulu ye la jugak kan.. but memang plan akan bawak bekal someday.. for the time being, aku nak bersosial dengan colleague dulu.. takkan baru2 masuk dah nak berbekal and menyendiri sorang2 kat pantry.. aku tau ada antara korang prefer macam tu but for me, tak boleh la.. aku tak suka makan sorang2.. aku seorang yang suka berkawan..

oklah.. nanti bila dalam akaun dah ada duit, sesape yang datang ou time weekdays sila lah roger.. mane tau bernasib baik aku belanja.. eh serius ni.. seronok jugak dapat tambah kawan2 ni.. and kalau nak suruh tolong surveykan pape pun do let me know.. aku sudi membantu.. sebab survey menyervey ni pun memang hobi aku.. till then

Friday, May 27, 2011

pms, sila berlalu dengan segera pliz~

Tam : jap lagi orang nak kuar lepak makan.. jangan jeles 
Mok : lepak la tam sementara bujang ni
Tam : kalau tak bujang nape mok
Mok : kena spend masa dengan bini la
Tam : waa lupe lak.. bini dah la asyik peot
Mok : gile! kalau tak peot tak dpt anak. nak ke?
Tam : tapi mok cam dah ngandung je

T_T

Thursday, May 26, 2011

saya penat kerana~

i am no longer a jobless
______________________


jangan kata ko, aku pun heran..

Friday, May 20, 2011

reason diet ke laut~

salam semua.. my current weight remain same.. eh kate diet? lerr tak knal lg ke perangai aku.. hik2..

anyway, korang yang diet ni.. ada tak satu time yang buat korang tak fikir lansung pasal diet and makan like there's no tomorrow.. heh cam aku.. ade certain la yang buat macam tu

1. during PMS

read it somewhere, bila nak period and ko makan banyak, its not a mitos.. itu normal.. bukan aku je tapi seluruh dunia.. tak caya gi google, so itu bukan alasan.. hik2.. feeling dia macam, bila ko tak makan ko rasa sangat sedih.. time tu tak payah la sebut diet.. lagi la sedih.. so for this reason, dimaafkan.. so ni some artikel or others experience pasal PMS binge ni..



2. on vacation

sapa yang dapat kawal nafsu makan masa travel n holiday, i salute! hebat ok.. aku memang tak dapat la.. kawal sikit ada.. but SIKIT.. makan nye banyak.. masa travel la peluang aku nak rasa macam2 food.. and usually even aku gained weight masa travel pun, aku tak menyesal.. sebab at least aku pernah rasa and after this mana tau dah takde peluang.. or worst, tetiba one day nikmat makan kena tarik? ceh alasan sangat kan.. sampai bila tak kurus camni.. hik2


PS: pernah baca blog sorang ni.. dia kena cancer apa ntah.. sebaya aku.. dia tak boleh makan macam2.. dia just boleh makan bubur.. so ada satu entry tu dia list food2 yang dia teringin sangat nak makan.. and dia cakap one day bila dah sembuh dia nak pergi makan semua ni.. dia menyesal masa dia sihat, dia concious sangat dengan berat so dia tak nikmati sangat apa yang dia makan.. and guess what? dia tak sempat.. Al fatihah to her..

3. family gathering

yang ni pun.. tengok event la.. if balik kelantan and makcik2 panggil datang kumpul and makan kat rumah dia.. sila la lupakan diet.. sebab makcik2 aku ni selalu excited bila family kitorang balik kelantan so mereka akan masak a lot! mereka tu bukan di bawah satu rumah ye kawan2.. makcik yang ni ajak datang rumah dia malam ni.. malam esok makcik lain pulak.. sampai la hari kitorang nak balik.. and makcik2 ni pulak jenis kalau masak, macam nak buat kenduri.. contohnya macam kat bawah


duduk ramai2 bersila.. tak ke indah tu.. hehe

4. last - bila sedih

aku ni ngada-ngada..aku diet bila aku hepi.. macam dulu..yang aku berjaya turun banyak tu.. time tu aku hepi.. mana ade aku tulis entry emo sangat time tu kan.. bila hepi aku rasa lapang dada and rasa ikhlas untuk buat benda yang aku nak buat.. tu yang boleh diet dengan jayanya.. takde tekanan.. tapi since grad ni, hidup aku dirundung kesedihan.. dengan tak dapat kerja lagi, hari2 kat rumah kena bebel.. buat itu salah ini salah yang memang salah aku pun.. hik2.. tapi biasa la.. remaja~. pangggg ko dah dewasa ok nisak!.. so bila sedih and tertekan, satu je solution untuk aku.. MAKAN.. yes makan je yang buat aku hepi.. aku tak kisah orang nak cakap poyo ke alasan ke.. tapi bila sedih and ko cam buntu ape nak buat selain berdoa.. bila ko rasa loser and takde sape.. makanan je la benda yang ada yang boleh ko buat hepi.. yang dapat terima ko.. yang bila ko tengok ko rasa nikmatnye hidup ni ada korang semua.. hik2.. patut la ade pepatah kenyang perut suka hati.. its true

k la.. sebenarnya panjang lagi nak cakap.. next time la.. daa.. hepi berdiet bagi mereka2 yang kuat..

Wednesday, May 11, 2011

hahahampeh~

alamak! dekat nak tidur ni baru teringat nak update berat.. takde perubahan pun.. hehe.. ok2 nanti dah cerah aku upload pics.. buat masa sekarang nak share ni


sapa yang search ni sila mengaku! hik2 terima kasih buat aku tergelak sorang2 tengah malam ni..

Tuesday, May 10, 2011

mother's day~

wallpaper baru henset aku really work!! bila nak makan tengok wallpaper and baca msg tu terus rasa oh man, tahan pliz!

and last week, sebenarnya nak update and cerita yang happy sangat sebab aku dapat kawal nafsu makan.. last week pergi interview kat bandar utama.. then ingat nak singgah one utama nak beli takoyaki tapi tahannnnn.. oh ni mungkin satu pencapaian terhebat buat masa ni sebab hari tu aku sanggup datang jauh2 just because this takoyaki.. then lalu pulak kedai mamak yang serve the cheapest kari kambing in town.. eceh padahal dulu hari2 pergi sampai mamak tu bagi diskaun melampau.. nasik dengan kari kambing membukit makan setahun pun kenyang = RM3.50.. mana nak dapat weiii.. aney tu kalau nampak kereta aku dari jauh pun sengih2.. sehari 2 kali aku makan kari kambing.. memang tak boleh tahan.. but last week, suprisingly, tak tergoda pun.. hoorayy for me!


TETAPI.. jeng jeng jeng

khamis last week, nenek sedara datang tidur kat rumah.. sorang from kedah and lagi sorang from kelantan.. and both sangat terer masak.. so diorang datang rumah aku bukan tidur semata2.. diorang masak! and i eat a lot! jumaat malam mereka masak laksa lemak yang kuah macam laksam tu.. ya rabbi sedapnye.. makcik yang kelantan tu memang pakar.. kuah pekat lemak memang da bom la.. and sebenarnya memang tak terliur pun.. tapi bila dia semangat isikan dalam mangkuk and bagi aku.. takkan aku nak tolak.. mula2 memang tolak tapi dia marah cakap penat masak untuk isha tau.. yes! memang dulu dia masak aku sangat suka and tambah banyak kali.. tapi now isha diet la mak usu T_T.. tapi disebabkan dia dah isikan siap2 and time tu takde orang lain yang boleh makan so aku terpaksa la makan.. makan dalam tangisan.. wahaha

then jumaat tu makcik yang kelantan tu masak laksa penang and yang kedah tu masak telur ituk masak lemak cili api.. actually laksa penang ni bukan fevret aku pun.. aku tak gemar sangat pun.. tapi macam biasa, dia isi siap2 and aku tiada pilihan.. lepastu makcik kedah pulak siap2 hidangkan telur itik tu kat aku.. weh orang tua ni kalau semangat hidang n suruh kita makan n ajak makan sekali, sangat touching tau.. rasa disayangi.. hik2.. dah la jarang jumpa.. setahun sekali.. so aku terpaksa la makan.. noooo ini bukan alasan tapi memang betul2 terpaksa makan sebab dikelilingi kasih sayang yang menggembirakan.. *eleh*

then sabtu pulak.. last day mereka kat rumah aku.. mak aku buat nasik dagang.. and nasik dagang pun bukan la fevret aku sangat.. tapi bila makcik masak gulai ikan tenggiri tu terliur la pulak sebab nampak sangat sedap.. and yes.. hari sabtu tu memang makan dengan kerelaan hati.. tapi tak banyak pun.. makcik2 tengok pun kesian sebab diorang tau aku makan banyak and bila diorang tengok aku amek sikit je nasik tu diorang sedih.. hik2 comel betul nenek sedare 2 orang tu.. dah la sepanjang hari duduk kat dapur ramai2 sambil bertukar resepi.. macam kelas masakan yang kecoh.. menyampuk sikit kena sound sebab pening resepi bercampur2..
nasi dagang tersedap sepanjang hidup.. tak suka pun jadi suka

and yesterday, seperti yang kita tahu, mother's day.. disebabkan aku still penganggur so aku tak boleh la bagi present yang best2.. tapi aku spend a lot untuk beli barang2 masak.. so semalam aku masakkkkkk


lamb chop and chicken chop.. ala hidangan biasa.. but aku suka sangat sebab semua aku yang prepare.. from marinade, gravy and mashed potato *org tak pandai masak mmg camni, masak telur pun excited*.. ummi duduk diam2 dalam bilik.. ni semua resepi dari makcik aku.. and seriously.. gravy resepi makcik aku ni sangat la sedap.. ummi and ayah pun suka sangat and dia cakap after this makan western kat rumah je la sebab rasa dah setanding kedai.. ummi pun puji mashed potato tu.. happy bila tengok family kita hepi dengan apa yang kita buat.. so ummi, bila isha dah kerja nanti, isha akan belanja ummi selalu ye..

 ummi n mak cik nya.. i luv u ummi! 

and today, diet pun bermula~

Wednesday, May 4, 2011

PB dan angin~

disebabkan hari ni asyik sendawa tanpa henti maka aku nak sharela apa yang membuatkan aku sendawa ni.. fyi, aku ni seorang yang sangat susah nak keluarkan angin.. ada orang jenis urut sikit je terus sendawa.. aku ni setakat kentut je.. tapi kentut pun setakat sekali sehari or bila nak je tapi tak la selalu pun *mathei kena bomb ngn membe ni kang*

so aku ni selalu pening and mostly disebabkan angin.. kadang2 migrain.. pastu bila orang urut, susahnye nak sendawa.. sendawa pun macam tersekat.. memang angin stuck la kat dalam badan ni.. ada sekali tu tak tahan sangat, undescribeable.. so ummi panggilkan tukang urut.. pastu bila dia urut memang dia cakap badan aku ni macam tong angin.. sangat banyak angin.. tapi aku susah la nak sendawa.. sikit je.. tukang urut tu pulak yang sendawa gila2...

so lately ni, terajin pulak nak pakai premium beautiful... act PB aku ni dah 10 tahun kot.. lama dah ummi beli dari kawan dia.. pastu ummi malas pakai dia bagi aku.. dulu aku dah pernah pakai la lepas SPM.. pastu masa diet yang sampai 66kg tu pun pakai.. tapi time tu tak ingat la effect dia camne.. aku pakai sebab bila pakai, nafsu makan terkawal sikit sebab perut penyek.. and lama tak pakai sebab leceh.. banyak sangat bahagiannye.. huhu.. so bila start pakai pb ni.. asyik la sendawa je.. dari semalam lagi.. so rasa lega sangat.. effect lain, kita tunggu.. sebab this time rasa nak tengok pulak hasil pakai PB ni dari segi inci ke apa.. haha dah lama pakai baru nak eksperimen this time kan..


anyway kalau la ada penjual PB baca blog ni.. saya nak tanya, kalau yang rangka ke apa ntah yang kaler putih ni dah terkeluar dari PB ni.. boleh repair ke? hari tu pernah baca kat mana ntah, free je.. is it?

lunch for today

and wallpaper baru henset aku

T_T

Tuesday, May 3, 2011

cyc week 9 and zumba~


lunch for today

alhamdulillah kenyang.. siap tak habis lagi sweet potato tu... anyway, aku dah start diet semula. untuk yang entah keberapa kalinya.. hik2.. takpe la.. bila mood diet datang, layankan ajelah sebab time ni je la berat memang akan turun.. kalau bukan mood diet, jangan harap la berat nak turun.. alih2 duk berpusing2 kat nombor sama je..

kenapa tetiba bersemangat nak diet ni? sebabnya tengok kat facebook ramainye dah kahwin lately ni.. senior sekolah lah, jiran la, membe baik masa sekolah rendah la, kawan jalal apetah lagi.. siap dah pregnant pun T_T.. tu semua macam penyeksaan emosi secara halus.. and jalal pulak bila cakap pasal kahwin.. bukannya dia bagi jawapan "tunggu orang stabil dulu".."tunggu orang beli rumah dulu".. "lagi 2-3 tahun insyaAllah".. "org tak bersedia lg".. takkkk.. dia jawab "tunggu awak kerja and kurus so please lah kurus cepat mok".. pastu kadang2 baca komen2 dia kat membe pun macam memang dia kalau boleh kawen, nak kawen sekarang jugak.. hik2 mandai aku kan.. so bila tengok dia berharap macam tu rasa frustnya.. kesian pun ada.. 7 tahun dah dia tunggu.. dia setia tunggu ni pun kira bersyukur dah.. tapi takut jugak.. sampai bila? jangan yakin sangat, kata kawan aku..

wallpaper hp aku since sebulan lepas.. konon2 bila tengok bersemangat nak diet and nafsu makan pun terbantut.. tapi hampeh

so sebagai permulaan, aku dah terjumpa hobi baru.. cewah.. padahal baru hari tu cakap aerobik is not my thing.. sekali amek ko, jadi hobi dah... currently, im addicted to ZUMBA.. sebabnya aku ni setiap malam before tidur akan tengok video kat youtube sambil baring.. so tak tahu nak tengok apa, aku tertengok zumba.. sekali rasa macam eh bestnya.. aku ni dah la suka tengok orang menari rancak2 ni.. so aku pun download la... maka petang semalam aku pun berzumba la sorang2 dalam bilik.. uish.. 10 minit buat dah berpeluh macam paip... step tak payah cakap la.. untuk orang yang kaku macam aku ni memang step2 tu susah la nak ikut even simple pun.. tapi ikut je sambil melompat.. pastu adik yang kecik tu pulak masuk bilik gelak2 tengok aku.. sekali amek ko, dia pun join.. pastu ni hari ni dia nak join sebab best menari katanya.. huhu.. ok enough bout that..


ok for cyc pulak.. still maintain 71kg.. nak gambar berat ke.. hik2 sama je every week.. tengok next week pulak.. hasil diet ni.. k la till then..

Sunday, May 1, 2011

sms ejekan ii ~

si gemok : tam orang dapat kerja terus kawen ye
si hitam : kui2 mok tak kurus
si gemok : ok bulan 12 ye.. ok sah2.. 10k tunaiiiiiii
si hitam : mok mereng.. waa mereng
si gemok : eleh ashraf muslim tunang perempuan tu tak slim pun.. ashraf muslim tu lagi hensem dari awk
si hitam : haa pi la cari yang hensem macam ashraf tu

*terima kasih kerana mengurniakan kesabaran dalam diri ini ya tuhan T_T*


*sori sekarang entry jiwang je manjang.. biasala.. sekarang musim orang kahwin kan. =P*

entry emo yang tiada isi dan memakan diri

quote from blog memberku

and soal manusia berubah kerana cinta?omaigod is this really an issue.
manusia memang berubah ubah kot.
kalau tak berubah tak ke pelik.
betulla dia cakap tu.. aku setuju.. manusia memang berubah.. tapi aku tak faham la.. kenapa la kalau yang berubah sebab cinta ni ramai la nak hentam.. bagi contoh terdekat.. aku sendiri la.. bila aku update blog cerita aku kurus sebab nak kawen, sebab jalal.. ada la suara sumbang yang duk perli2 kurus sebab boifren tak kemana la... nanti gemuk balik la.. tak istikhamah la.. macam bangang la.. cari lain la.. ni bukan cinta sejati la.. itu la ini la.. first of all... AKU NI MENYUSAHKAN KORANG KE? kalau ye aku mintak maaf.. kalau rasa susah sebab menyampah n meluat nak baca, silalah berambus dari sini.. tak perlu baca pun.. yang sakit hati, korang..

ok next, walaupun niat kurus aku ni bukan sebab diri aku sendiri, or bahasa yang jujur, sebab jalal.. tapi aku puas hati.. sebab aku selalu cakap kat membe2 aku.. kalau la jalal tak suruh aku diet, mesti badan aku sekarang dah macam belom udara panas.. kalau la aku dapat lelaki yang menerima aku seadanya, mungkin berat aku sekarang dah mencecah 100kg.. and even time tu boifren aku still cakap "awak gemuk pun saya sayang.." tak ke bila badan dah overweight gila2.. aku still rasa down? still rasa tak puas hati.. still rasa nak kurus.. n still rasa nak kurus untuk buat boifren or suami lebih happy.. n time tu pun still rasa dengki kat orang2 kurus tetap ada.. rasa dengki nak berpakaian macam orang kurus pun ada..

so memang la tanpa kesedaran diri sendiri, diet tu takkan kemana.. i know the facts.. tak payah nak tulis or cakap dengan rude.. tak payah nak perli2.. semua orang tau kenyataan tu.. tapi kita manusia ni berlainan sifat.. aku dengan cara aku, ko dengan cara ko.. ye nak nasihat boleh.. tapi jangan la anggap semua orang macam ko.. eh malas la nak cakap.. sebab golongan yang ego yang sentiasa rasa diri dia betul n sentiasa bercakap berdasarkan hujah2 n yang laser yang tak hipokrit ni memang takkan pernah kalah.. memang akan sentiasa pusingkan balik apa yang orang lain cakap.. orang lain takkan betul.. tapi kalau orang lain buat taik dengan ko, tak payah la nak terasa sangat sebab ko pun selalu buat taik dengan orang yang ko rasa apa ko buat tu betul.. sebab orang tu pun rasa apa yang dia buat kat ko tu pun betul.. eh dah lari tajuk..

pasal suruh break up je dengan boifren yang mementingkan rupa ni.. ok la.. aku gemuk and boifren aku tak suka aku gemuk.. senang cerita la, aku dah ada boifren.. hubungan kami ok.. tapi sebab dia suka komplen pasal badan aku then aku nak kena cari lain ke? cari yang boleh terima seadanya? what??? aku dah elok2 ada boifren pastu nak kena clash and cari lain.. haha.. kawan yang takde boifren pun berlambak lagi.. diorang lagi la.. dah la lawa n peramah.. so i choose to stay and bertahan.. ada jodoh kawen, takde tu ketentuan tuhan.. sementara dah ada pasangan ni baik aku pertahankan.. plus.. takde la terseksa pun.. even jalal selalu ejek, and kadang2 gaduh sebab gemuk ni tapi kami sangat bahagia.. tuhan je tau.. korang yang lawa n hensem pun ada gaduh dengan boifren masing2 kan.. then fact yang lelaki demand pompuan kurus ni possibility untuk main kayu tiga tinggi.. ye aku tau fact tu.. aku pun pernah kena.. 4 tahun lepas.. ye jalal pernah cari pompuan lain yang kurus.. dia pernah tinggal aku.. and now bila kitorang dah bersama ni dia cakap apa yang dia buat kat aku dulu memang sebab kebodohan dia.. n time dia curang dulu pun sebab aku.. aku bengang dia gi jumpa perempuan tu padahal dia bagitahu aku pun dia nak gi jumpa.. aku jugak yang bagi kebenaran.. tapi aku jugak yang mengamuk then tumbuk jalal.. n dia sebak sebab dia cakap perempuan yang dia akan ambik jadi as wife takde respek boleh naik tangan kat dia sedangkan dia tak pernah naik tangan kat aku.. perempuan yang dia gi jumpa tu pun cakap jalal selalu puji aku buat itu buat ini time diorang jumpa.. and kalau orang lain takkan terima dah laki camtu.. tapi aku percaya peluang kedua.. plus memang ada salah aku jugak.. n now pun dah jarang gaduh.. and aku pun dah tak cemburu buta, tak kongkong.. and susah la nak cerita.. aku cakap ape pun orang lain akan cakap laki macam ni tak guna kan.. yang penting dah nak masuk 8 tahun kitorang bersama.. and kitorang dah bincang pasal kahwin.. just tak tau bila.. ingat kitoarang tak nak kawen ke bercinta lama2 tu.. penat tau tak.. nak tanggung dosa banyak lagi.. tapi senang cerita.. peristiwa 4 tahun lepas tu yang buat kitorang main rapat and better.. yang buat kitorang berubah jadi lebih baik.. and aku lebih suka hubungan kami after kejadian dari before...

haa suka la tu aku respon kat perlian2 korang tu kan.. haa ye la korang menang la sebab berjaya buat aku melenting.. suka la tu.. mesti hidung kembang kempis sebab bangga.. tahniah.. cuma aku ni maybe kat alam maya nampak macam kepoh, lembek selalu ada probs emo manjang ntah apa apa wutsoeva... ye la.. melalui pembacaan ni kan dah tau orang tu camne.. hebat korang ni.. kalah ahli nujum.. padahal tak pernah jumpa aku kan.. nak judge macam kenal lama.. tapi kalau korang kenal aku kat luar betul2 korang tau la aku camne.. kalau korang baik dengan aku, aku akan sanggup tolong korang sebaiknye.. tapi kalau ko buat jahat kat aku, kalau aku tak dapat balas guna lidah yang tajam ni, aku akan memilih untuk melakukan kekerasan fizikal.. ye la.. jalal pun dah pernah kena tumbuk dengan aku.. hik2 cakap macam ganas padahal sekali tumbuk je.. ok la.. dah.. ni last entry emo.. lepas ni korang nak teruskan perlian, teruskan membenci, or makin rancakkan lagi perlian cacian.. silakan.. aku takkan tulis dah pasal ni.. cuma percayalah pada balasan tuhan ok.. mungkin hari ni hari ko, next kita tak tahu.. so rilex2 dah la ye sweety.. aku mungkin takkan dapat balas tapi tuhan maha adil ok adik manis

ps : aku ni memang tak reti tulis dengan berhemah la.. awal2 konon nak tulis dengan tersusun tapi end up lintang pukang berterabur.. takpe la bukan harap org lain baca just nak meluahkan perasaan n membuatkan diri ini rasa lebih lega.. fuh boleh kentut dengan lancar sekarang

 
Template by suckmylolly.com - header candies by Tayoindesign