selamat hari isnin.. argh..hari yg paling bosan.. padahal if cuti jumaat sampai isnin, selasa baru start kerja, xde pulak tuesday blues.. msti nak isnin jugak.. tak paham betul... nasib baik tak jem hari ni.. if tak bertambah la blues and pengamukkan..
ok.. hari ni saja nak cerita pasal camne boleh terkahwin pulak dengan jalal ni.. sebab kadang2 if membe tanye, aku pun tak reti nak cakap.. semua berlaku dengan pantas.. ewah.. macam yang korang pernah baca kat blog aku (kalau ada org baca entry ni la.. hik2), aku ni memang la nak kahwin kan.. asyik tulis nak kahwin tapi takde tarikh pun.. cakap je nak kawen tahun ni la ape la.. even seminggu afer decide nak kawen pun aku bersedih sebab nak kawennnn and si jalal as usual, tunggu kurus dulu.. then nak dijadikan cite, jalal dapat la bonus... bila dah dapat bonus tu dia cakap dia nak siap2 beli cincin tunang and kahwin.. nak buat bekalan kahwin nanti.. aku pun layankan aje la.. siap suruh dia beli size kecik sikit konon2 akan mengurus la time dekat2 nak kahwin.. ye la, tarikh pun takde.. tahun bile pun tak tau..
jadi bila dah ada cincin ni, mood nak kahwin pun tetiba muncul.. tapi jalal cakap duit tak cukup lagi nak kahwin.. so tak leh la kawen tahun 2012.. time tu pulak parents aku dah cam tanye2 bila la nak kawen lagi2 ummi sebab dia tak larat nak tolong coverkan kat ayah bila aku gi dating.. ayah memang tak bg lansung aku keluar berdua.. see, dah la dosa gi dating dah ada, tambah dosa tipu ayah lagi.. serius time tu rasenye teruk sangat and tu la reason aku nak kawen sangat.. tak larat nak hidup dalam kesesatan.. ewah.. jadi, pada suatu hari, ayah and ummi pun nak slowtalk dengan jalal untuk selesaikan semua ini. time tu aku duk je dalam bilik.. ayah tak bg dengar... and aku memang lansung tak dengar or pergi curi2 dengar.. selepas beberapa jam, ummi pun panggil cakap "ok, isha kahwin tahun ni.. jalal dah setuju".. then honestly, aku tak ingat pun ape perasaan aku time tu.. aku rase mestila aku hepi kan.. and aku pun ada msg something kat jalal. but aku tak ingat ape aku tulis..
ok selepas decide nak kahwin tahun ni tu, ayah suruh family jalal datang merisik.. mula2 nak buat majlis tunang tapi ayah cakap kalau dah tau duit tak berapa nak ada, kenapa nak buat majlis bagai, datang risik je dah cukup.. parents je datang.. ok la aku setuju je.. sebab aku pun bukan ada simpanan sangat.. and jalal pun setuju.. sekali, bile lagi seminggu nak risik.. jeng jeng jeng.. jalal call cakap family dia nak buat majlis tunang jugak.. and bawak rombongan sedara semua.. terus la kitorang kelam kabut prepare semua.. reason kenapa parents jalal nak tunang jugak sebab katanya aku dah la anak perempuan tunggal dalam family, anak first. so parents dia nak aku rasa proper step la kearah perkahwinan.. seriously terharu sebab aku ni bukan jenis kisah sangat pun.. maka pada 3 June 2012, kami selamat ditunangkan..
seperti yang dilihat, majlis tunang aku memang simple je.. dah la time tu mmg makin gemuk.. hehe.. baju pun bukan baju lace2 tempah ke hape.. pelamin pun memang kerusi tu dah kat situ.. ummi tambah bunga supaya tak nampak kosong.. tu je.. hantaran pun makcik2 je tolong gubah.. memang simple macam aku nak.. ye la, preparation pun seminggu sebelum je.. but aku happy sebab semuanya berjalan lancar.. Alhamdulillah
okla penat tulis panjang2.. next aku cerita camne boleh terkahwin 3 bulan lepas tunang tu.. padahal kitorg ni plan lain, jadinye lain.. till then
3 comments:
tumpang share ye.. jengah la blog hujanncoklat.blogspot.com untuk dapatkan beutskin dan felinna inchloss dengan harga sangat murah! sebelum beutskin di naikkan harga :) terima kasih
youtube converter
Weh akak selalu nampak nisa kat OU. Kalau terserempak mesti dekat charles n keith.. Tapi maleh nak tegur... segan
smoga kekal ke jannah!
Post a Comment