Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Sunday, May 29, 2011

hidup sebagai pekerja~

haish ape nak cerita ye.. actually nak tulis pasal food kat one utama but next time sebab tak puas hati tak dapat floorplan ou.. nanti bila dah ada baru nak story mory.. anyway.. seperti post lepas.. aku sekarang dah menjadi seorang pekerja.. tidak lagi duduk menternak lemak kat rumah.. tapi menternak lemak kat opis plak..

currently, im hepi with my job.. sebabnye aku tak de kerja lagi.. hik2.. kang dah ade kerja  mau sumpah seranah kan..actually hari isnin sampai khamis tu agak down sebab takde kawan lagi, kerja pun takde padahal satu team busy sebab dah month end.. balik rumah bila ingat pasal tempat kerja sure nak nangis.. sedih lain macam n i guess tu mesti PMS.. sekali amek ko, hari khamis memang cik bulan datang.. so hari jumaat terus hepi n fall in love with my job..

anyway, kedudukan ofis aku pun sangat la tak strategic untuk orang yang berdiet.. hik2 alasan ke seribu pat ploh pat.. office aku next to seri pentas and one utama.. so area tu, parking paling murah adalah dataran yang terletak di new wing one utama.. kena jalan agak jauh from new wing to old wing tapi demi RM1/day, ku gagahkan diri.. plus ni la impian aku.. dah kerja nnti nak parking jauh2 so that boleh jalan kaki and exercise la kononnye..


see jauh kan.. dah keluar ou kena lalu lobby hotel pulak.. mencabar gila laluan gi opis..

TETAPI.. kalau la laluan perjalanan ko adalah di dalam mall.. and melalui floor G & LG dimana segala mak nenek kedai makan ada.. agak2 sampai manakah nafsu makan mampu bertahan... dari parking ke ofis, aku melalui lebih kurang 40 kedai makan.. kfc, kenny rogers, sushi king, carls junior, mcD bla bla bla.. ewah cakap macam banyak duit je kan nak makan situ sini.. tapi dah memang time lunch, ou la satu2nya tempat yang logik untuk makan.. kalau ada cafe office macam time intern dulu ye la jugak kan.. but memang plan akan bawak bekal someday.. for the time being, aku nak bersosial dengan colleague dulu.. takkan baru2 masuk dah nak berbekal and menyendiri sorang2 kat pantry.. aku tau ada antara korang prefer macam tu but for me, tak boleh la.. aku tak suka makan sorang2.. aku seorang yang suka berkawan..

oklah.. nanti bila dalam akaun dah ada duit, sesape yang datang ou time weekdays sila lah roger.. mane tau bernasib baik aku belanja.. eh serius ni.. seronok jugak dapat tambah kawan2 ni.. and kalau nak suruh tolong surveykan pape pun do let me know.. aku sudi membantu.. sebab survey menyervey ni pun memang hobi aku.. till then

Friday, May 27, 2011

pms, sila berlalu dengan segera pliz~

Tam : jap lagi orang nak kuar lepak makan.. jangan jeles 
Mok : lepak la tam sementara bujang ni
Tam : kalau tak bujang nape mok
Mok : kena spend masa dengan bini la
Tam : waa lupe lak.. bini dah la asyik peot
Mok : gile! kalau tak peot tak dpt anak. nak ke?
Tam : tapi mok cam dah ngandung je

T_T

Thursday, May 26, 2011

saya penat kerana~

i am no longer a jobless
______________________


jangan kata ko, aku pun heran..

Friday, May 20, 2011

reason diet ke laut~

salam semua.. my current weight remain same.. eh kate diet? lerr tak knal lg ke perangai aku.. hik2..

anyway, korang yang diet ni.. ada tak satu time yang buat korang tak fikir lansung pasal diet and makan like there's no tomorrow.. heh cam aku.. ade certain la yang buat macam tu

1. during PMS

read it somewhere, bila nak period and ko makan banyak, its not a mitos.. itu normal.. bukan aku je tapi seluruh dunia.. tak caya gi google, so itu bukan alasan.. hik2.. feeling dia macam, bila ko tak makan ko rasa sangat sedih.. time tu tak payah la sebut diet.. lagi la sedih.. so for this reason, dimaafkan.. so ni some artikel or others experience pasal PMS binge ni..



2. on vacation

sapa yang dapat kawal nafsu makan masa travel n holiday, i salute! hebat ok.. aku memang tak dapat la.. kawal sikit ada.. but SIKIT.. makan nye banyak.. masa travel la peluang aku nak rasa macam2 food.. and usually even aku gained weight masa travel pun, aku tak menyesal.. sebab at least aku pernah rasa and after this mana tau dah takde peluang.. or worst, tetiba one day nikmat makan kena tarik? ceh alasan sangat kan.. sampai bila tak kurus camni.. hik2


PS: pernah baca blog sorang ni.. dia kena cancer apa ntah.. sebaya aku.. dia tak boleh makan macam2.. dia just boleh makan bubur.. so ada satu entry tu dia list food2 yang dia teringin sangat nak makan.. and dia cakap one day bila dah sembuh dia nak pergi makan semua ni.. dia menyesal masa dia sihat, dia concious sangat dengan berat so dia tak nikmati sangat apa yang dia makan.. and guess what? dia tak sempat.. Al fatihah to her..

3. family gathering

yang ni pun.. tengok event la.. if balik kelantan and makcik2 panggil datang kumpul and makan kat rumah dia.. sila la lupakan diet.. sebab makcik2 aku ni selalu excited bila family kitorang balik kelantan so mereka akan masak a lot! mereka tu bukan di bawah satu rumah ye kawan2.. makcik yang ni ajak datang rumah dia malam ni.. malam esok makcik lain pulak.. sampai la hari kitorang nak balik.. and makcik2 ni pulak jenis kalau masak, macam nak buat kenduri.. contohnya macam kat bawah


duduk ramai2 bersila.. tak ke indah tu.. hehe

4. last - bila sedih

aku ni ngada-ngada..aku diet bila aku hepi.. macam dulu..yang aku berjaya turun banyak tu.. time tu aku hepi.. mana ade aku tulis entry emo sangat time tu kan.. bila hepi aku rasa lapang dada and rasa ikhlas untuk buat benda yang aku nak buat.. tu yang boleh diet dengan jayanya.. takde tekanan.. tapi since grad ni, hidup aku dirundung kesedihan.. dengan tak dapat kerja lagi, hari2 kat rumah kena bebel.. buat itu salah ini salah yang memang salah aku pun.. hik2.. tapi biasa la.. remaja~. pangggg ko dah dewasa ok nisak!.. so bila sedih and tertekan, satu je solution untuk aku.. MAKAN.. yes makan je yang buat aku hepi.. aku tak kisah orang nak cakap poyo ke alasan ke.. tapi bila sedih and ko cam buntu ape nak buat selain berdoa.. bila ko rasa loser and takde sape.. makanan je la benda yang ada yang boleh ko buat hepi.. yang dapat terima ko.. yang bila ko tengok ko rasa nikmatnye hidup ni ada korang semua.. hik2.. patut la ade pepatah kenyang perut suka hati.. its true

k la.. sebenarnya panjang lagi nak cakap.. next time la.. daa.. hepi berdiet bagi mereka2 yang kuat..

Wednesday, May 11, 2011

hahahampeh~

alamak! dekat nak tidur ni baru teringat nak update berat.. takde perubahan pun.. hehe.. ok2 nanti dah cerah aku upload pics.. buat masa sekarang nak share ni


sapa yang search ni sila mengaku! hik2 terima kasih buat aku tergelak sorang2 tengah malam ni..

Tuesday, May 10, 2011

mother's day~

wallpaper baru henset aku really work!! bila nak makan tengok wallpaper and baca msg tu terus rasa oh man, tahan pliz!

and last week, sebenarnya nak update and cerita yang happy sangat sebab aku dapat kawal nafsu makan.. last week pergi interview kat bandar utama.. then ingat nak singgah one utama nak beli takoyaki tapi tahannnnn.. oh ni mungkin satu pencapaian terhebat buat masa ni sebab hari tu aku sanggup datang jauh2 just because this takoyaki.. then lalu pulak kedai mamak yang serve the cheapest kari kambing in town.. eceh padahal dulu hari2 pergi sampai mamak tu bagi diskaun melampau.. nasik dengan kari kambing membukit makan setahun pun kenyang = RM3.50.. mana nak dapat weiii.. aney tu kalau nampak kereta aku dari jauh pun sengih2.. sehari 2 kali aku makan kari kambing.. memang tak boleh tahan.. but last week, suprisingly, tak tergoda pun.. hoorayy for me!


TETAPI.. jeng jeng jeng

khamis last week, nenek sedara datang tidur kat rumah.. sorang from kedah and lagi sorang from kelantan.. and both sangat terer masak.. so diorang datang rumah aku bukan tidur semata2.. diorang masak! and i eat a lot! jumaat malam mereka masak laksa lemak yang kuah macam laksam tu.. ya rabbi sedapnye.. makcik yang kelantan tu memang pakar.. kuah pekat lemak memang da bom la.. and sebenarnya memang tak terliur pun.. tapi bila dia semangat isikan dalam mangkuk and bagi aku.. takkan aku nak tolak.. mula2 memang tolak tapi dia marah cakap penat masak untuk isha tau.. yes! memang dulu dia masak aku sangat suka and tambah banyak kali.. tapi now isha diet la mak usu T_T.. tapi disebabkan dia dah isikan siap2 and time tu takde orang lain yang boleh makan so aku terpaksa la makan.. makan dalam tangisan.. wahaha

then jumaat tu makcik yang kelantan tu masak laksa penang and yang kedah tu masak telur ituk masak lemak cili api.. actually laksa penang ni bukan fevret aku pun.. aku tak gemar sangat pun.. tapi macam biasa, dia isi siap2 and aku tiada pilihan.. lepastu makcik kedah pulak siap2 hidangkan telur itik tu kat aku.. weh orang tua ni kalau semangat hidang n suruh kita makan n ajak makan sekali, sangat touching tau.. rasa disayangi.. hik2.. dah la jarang jumpa.. setahun sekali.. so aku terpaksa la makan.. noooo ini bukan alasan tapi memang betul2 terpaksa makan sebab dikelilingi kasih sayang yang menggembirakan.. *eleh*

then sabtu pulak.. last day mereka kat rumah aku.. mak aku buat nasik dagang.. and nasik dagang pun bukan la fevret aku sangat.. tapi bila makcik masak gulai ikan tenggiri tu terliur la pulak sebab nampak sangat sedap.. and yes.. hari sabtu tu memang makan dengan kerelaan hati.. tapi tak banyak pun.. makcik2 tengok pun kesian sebab diorang tau aku makan banyak and bila diorang tengok aku amek sikit je nasik tu diorang sedih.. hik2 comel betul nenek sedare 2 orang tu.. dah la sepanjang hari duduk kat dapur ramai2 sambil bertukar resepi.. macam kelas masakan yang kecoh.. menyampuk sikit kena sound sebab pening resepi bercampur2..
nasi dagang tersedap sepanjang hidup.. tak suka pun jadi suka

and yesterday, seperti yang kita tahu, mother's day.. disebabkan aku still penganggur so aku tak boleh la bagi present yang best2.. tapi aku spend a lot untuk beli barang2 masak.. so semalam aku masakkkkkk


lamb chop and chicken chop.. ala hidangan biasa.. but aku suka sangat sebab semua aku yang prepare.. from marinade, gravy and mashed potato *org tak pandai masak mmg camni, masak telur pun excited*.. ummi duduk diam2 dalam bilik.. ni semua resepi dari makcik aku.. and seriously.. gravy resepi makcik aku ni sangat la sedap.. ummi and ayah pun suka sangat and dia cakap after this makan western kat rumah je la sebab rasa dah setanding kedai.. ummi pun puji mashed potato tu.. happy bila tengok family kita hepi dengan apa yang kita buat.. so ummi, bila isha dah kerja nanti, isha akan belanja ummi selalu ye..

 ummi n mak cik nya.. i luv u ummi! 

and today, diet pun bermula~

Wednesday, May 4, 2011

PB dan angin~

disebabkan hari ni asyik sendawa tanpa henti maka aku nak sharela apa yang membuatkan aku sendawa ni.. fyi, aku ni seorang yang sangat susah nak keluarkan angin.. ada orang jenis urut sikit je terus sendawa.. aku ni setakat kentut je.. tapi kentut pun setakat sekali sehari or bila nak je tapi tak la selalu pun *mathei kena bomb ngn membe ni kang*

so aku ni selalu pening and mostly disebabkan angin.. kadang2 migrain.. pastu bila orang urut, susahnye nak sendawa.. sendawa pun macam tersekat.. memang angin stuck la kat dalam badan ni.. ada sekali tu tak tahan sangat, undescribeable.. so ummi panggilkan tukang urut.. pastu bila dia urut memang dia cakap badan aku ni macam tong angin.. sangat banyak angin.. tapi aku susah la nak sendawa.. sikit je.. tukang urut tu pulak yang sendawa gila2...

so lately ni, terajin pulak nak pakai premium beautiful... act PB aku ni dah 10 tahun kot.. lama dah ummi beli dari kawan dia.. pastu ummi malas pakai dia bagi aku.. dulu aku dah pernah pakai la lepas SPM.. pastu masa diet yang sampai 66kg tu pun pakai.. tapi time tu tak ingat la effect dia camne.. aku pakai sebab bila pakai, nafsu makan terkawal sikit sebab perut penyek.. and lama tak pakai sebab leceh.. banyak sangat bahagiannye.. huhu.. so bila start pakai pb ni.. asyik la sendawa je.. dari semalam lagi.. so rasa lega sangat.. effect lain, kita tunggu.. sebab this time rasa nak tengok pulak hasil pakai PB ni dari segi inci ke apa.. haha dah lama pakai baru nak eksperimen this time kan..


anyway kalau la ada penjual PB baca blog ni.. saya nak tanya, kalau yang rangka ke apa ntah yang kaler putih ni dah terkeluar dari PB ni.. boleh repair ke? hari tu pernah baca kat mana ntah, free je.. is it?

lunch for today

and wallpaper baru henset aku

T_T

Tuesday, May 3, 2011

cyc week 9 and zumba~


lunch for today

alhamdulillah kenyang.. siap tak habis lagi sweet potato tu... anyway, aku dah start diet semula. untuk yang entah keberapa kalinya.. hik2.. takpe la.. bila mood diet datang, layankan ajelah sebab time ni je la berat memang akan turun.. kalau bukan mood diet, jangan harap la berat nak turun.. alih2 duk berpusing2 kat nombor sama je..

kenapa tetiba bersemangat nak diet ni? sebabnya tengok kat facebook ramainye dah kahwin lately ni.. senior sekolah lah, jiran la, membe baik masa sekolah rendah la, kawan jalal apetah lagi.. siap dah pregnant pun T_T.. tu semua macam penyeksaan emosi secara halus.. and jalal pulak bila cakap pasal kahwin.. bukannya dia bagi jawapan "tunggu orang stabil dulu".."tunggu orang beli rumah dulu".. "lagi 2-3 tahun insyaAllah".. "org tak bersedia lg".. takkkk.. dia jawab "tunggu awak kerja and kurus so please lah kurus cepat mok".. pastu kadang2 baca komen2 dia kat membe pun macam memang dia kalau boleh kawen, nak kawen sekarang jugak.. hik2 mandai aku kan.. so bila tengok dia berharap macam tu rasa frustnya.. kesian pun ada.. 7 tahun dah dia tunggu.. dia setia tunggu ni pun kira bersyukur dah.. tapi takut jugak.. sampai bila? jangan yakin sangat, kata kawan aku..

wallpaper hp aku since sebulan lepas.. konon2 bila tengok bersemangat nak diet and nafsu makan pun terbantut.. tapi hampeh

so sebagai permulaan, aku dah terjumpa hobi baru.. cewah.. padahal baru hari tu cakap aerobik is not my thing.. sekali amek ko, jadi hobi dah... currently, im addicted to ZUMBA.. sebabnya aku ni setiap malam before tidur akan tengok video kat youtube sambil baring.. so tak tahu nak tengok apa, aku tertengok zumba.. sekali rasa macam eh bestnya.. aku ni dah la suka tengok orang menari rancak2 ni.. so aku pun download la... maka petang semalam aku pun berzumba la sorang2 dalam bilik.. uish.. 10 minit buat dah berpeluh macam paip... step tak payah cakap la.. untuk orang yang kaku macam aku ni memang step2 tu susah la nak ikut even simple pun.. tapi ikut je sambil melompat.. pastu adik yang kecik tu pulak masuk bilik gelak2 tengok aku.. sekali amek ko, dia pun join.. pastu ni hari ni dia nak join sebab best menari katanya.. huhu.. ok enough bout that..


ok for cyc pulak.. still maintain 71kg.. nak gambar berat ke.. hik2 sama je every week.. tengok next week pulak.. hasil diet ni.. k la till then..

Sunday, May 1, 2011

sms ejekan ii ~

si gemok : tam orang dapat kerja terus kawen ye
si hitam : kui2 mok tak kurus
si gemok : ok bulan 12 ye.. ok sah2.. 10k tunaiiiiiii
si hitam : mok mereng.. waa mereng
si gemok : eleh ashraf muslim tunang perempuan tu tak slim pun.. ashraf muslim tu lagi hensem dari awk
si hitam : haa pi la cari yang hensem macam ashraf tu

*terima kasih kerana mengurniakan kesabaran dalam diri ini ya tuhan T_T*


*sori sekarang entry jiwang je manjang.. biasala.. sekarang musim orang kahwin kan. =P*

entry emo yang tiada isi dan memakan diri

quote from blog memberku

and soal manusia berubah kerana cinta?omaigod is this really an issue.
manusia memang berubah ubah kot.
kalau tak berubah tak ke pelik.
betulla dia cakap tu.. aku setuju.. manusia memang berubah.. tapi aku tak faham la.. kenapa la kalau yang berubah sebab cinta ni ramai la nak hentam.. bagi contoh terdekat.. aku sendiri la.. bila aku update blog cerita aku kurus sebab nak kawen, sebab jalal.. ada la suara sumbang yang duk perli2 kurus sebab boifren tak kemana la... nanti gemuk balik la.. tak istikhamah la.. macam bangang la.. cari lain la.. ni bukan cinta sejati la.. itu la ini la.. first of all... AKU NI MENYUSAHKAN KORANG KE? kalau ye aku mintak maaf.. kalau rasa susah sebab menyampah n meluat nak baca, silalah berambus dari sini.. tak perlu baca pun.. yang sakit hati, korang..

ok next, walaupun niat kurus aku ni bukan sebab diri aku sendiri, or bahasa yang jujur, sebab jalal.. tapi aku puas hati.. sebab aku selalu cakap kat membe2 aku.. kalau la jalal tak suruh aku diet, mesti badan aku sekarang dah macam belom udara panas.. kalau la aku dapat lelaki yang menerima aku seadanya, mungkin berat aku sekarang dah mencecah 100kg.. and even time tu boifren aku still cakap "awak gemuk pun saya sayang.." tak ke bila badan dah overweight gila2.. aku still rasa down? still rasa tak puas hati.. still rasa nak kurus.. n still rasa nak kurus untuk buat boifren or suami lebih happy.. n time tu pun still rasa dengki kat orang2 kurus tetap ada.. rasa dengki nak berpakaian macam orang kurus pun ada..

so memang la tanpa kesedaran diri sendiri, diet tu takkan kemana.. i know the facts.. tak payah nak tulis or cakap dengan rude.. tak payah nak perli2.. semua orang tau kenyataan tu.. tapi kita manusia ni berlainan sifat.. aku dengan cara aku, ko dengan cara ko.. ye nak nasihat boleh.. tapi jangan la anggap semua orang macam ko.. eh malas la nak cakap.. sebab golongan yang ego yang sentiasa rasa diri dia betul n sentiasa bercakap berdasarkan hujah2 n yang laser yang tak hipokrit ni memang takkan pernah kalah.. memang akan sentiasa pusingkan balik apa yang orang lain cakap.. orang lain takkan betul.. tapi kalau orang lain buat taik dengan ko, tak payah la nak terasa sangat sebab ko pun selalu buat taik dengan orang yang ko rasa apa ko buat tu betul.. sebab orang tu pun rasa apa yang dia buat kat ko tu pun betul.. eh dah lari tajuk..

pasal suruh break up je dengan boifren yang mementingkan rupa ni.. ok la.. aku gemuk and boifren aku tak suka aku gemuk.. senang cerita la, aku dah ada boifren.. hubungan kami ok.. tapi sebab dia suka komplen pasal badan aku then aku nak kena cari lain ke? cari yang boleh terima seadanya? what??? aku dah elok2 ada boifren pastu nak kena clash and cari lain.. haha.. kawan yang takde boifren pun berlambak lagi.. diorang lagi la.. dah la lawa n peramah.. so i choose to stay and bertahan.. ada jodoh kawen, takde tu ketentuan tuhan.. sementara dah ada pasangan ni baik aku pertahankan.. plus.. takde la terseksa pun.. even jalal selalu ejek, and kadang2 gaduh sebab gemuk ni tapi kami sangat bahagia.. tuhan je tau.. korang yang lawa n hensem pun ada gaduh dengan boifren masing2 kan.. then fact yang lelaki demand pompuan kurus ni possibility untuk main kayu tiga tinggi.. ye aku tau fact tu.. aku pun pernah kena.. 4 tahun lepas.. ye jalal pernah cari pompuan lain yang kurus.. dia pernah tinggal aku.. and now bila kitorang dah bersama ni dia cakap apa yang dia buat kat aku dulu memang sebab kebodohan dia.. n time dia curang dulu pun sebab aku.. aku bengang dia gi jumpa perempuan tu padahal dia bagitahu aku pun dia nak gi jumpa.. aku jugak yang bagi kebenaran.. tapi aku jugak yang mengamuk then tumbuk jalal.. n dia sebak sebab dia cakap perempuan yang dia akan ambik jadi as wife takde respek boleh naik tangan kat dia sedangkan dia tak pernah naik tangan kat aku.. perempuan yang dia gi jumpa tu pun cakap jalal selalu puji aku buat itu buat ini time diorang jumpa.. and kalau orang lain takkan terima dah laki camtu.. tapi aku percaya peluang kedua.. plus memang ada salah aku jugak.. n now pun dah jarang gaduh.. and aku pun dah tak cemburu buta, tak kongkong.. and susah la nak cerita.. aku cakap ape pun orang lain akan cakap laki macam ni tak guna kan.. yang penting dah nak masuk 8 tahun kitorang bersama.. and kitorang dah bincang pasal kahwin.. just tak tau bila.. ingat kitoarang tak nak kawen ke bercinta lama2 tu.. penat tau tak.. nak tanggung dosa banyak lagi.. tapi senang cerita.. peristiwa 4 tahun lepas tu yang buat kitorang main rapat and better.. yang buat kitorang berubah jadi lebih baik.. and aku lebih suka hubungan kami after kejadian dari before...

haa suka la tu aku respon kat perlian2 korang tu kan.. haa ye la korang menang la sebab berjaya buat aku melenting.. suka la tu.. mesti hidung kembang kempis sebab bangga.. tahniah.. cuma aku ni maybe kat alam maya nampak macam kepoh, lembek selalu ada probs emo manjang ntah apa apa wutsoeva... ye la.. melalui pembacaan ni kan dah tau orang tu camne.. hebat korang ni.. kalah ahli nujum.. padahal tak pernah jumpa aku kan.. nak judge macam kenal lama.. tapi kalau korang kenal aku kat luar betul2 korang tau la aku camne.. kalau korang baik dengan aku, aku akan sanggup tolong korang sebaiknye.. tapi kalau ko buat jahat kat aku, kalau aku tak dapat balas guna lidah yang tajam ni, aku akan memilih untuk melakukan kekerasan fizikal.. ye la.. jalal pun dah pernah kena tumbuk dengan aku.. hik2 cakap macam ganas padahal sekali tumbuk je.. ok la.. dah.. ni last entry emo.. lepas ni korang nak teruskan perlian, teruskan membenci, or makin rancakkan lagi perlian cacian.. silakan.. aku takkan tulis dah pasal ni.. cuma percayalah pada balasan tuhan ok.. mungkin hari ni hari ko, next kita tak tahu.. so rilex2 dah la ye sweety.. aku mungkin takkan dapat balas tapi tuhan maha adil ok adik manis

ps : aku ni memang tak reti tulis dengan berhemah la.. awal2 konon nak tulis dengan tersusun tapi end up lintang pukang berterabur.. takpe la bukan harap org lain baca just nak meluahkan perasaan n membuatkan diri ini rasa lebih lega.. fuh boleh kentut dengan lancar sekarang

Saturday, April 30, 2011

sms ejekan~

oh no!!! aku yang 'diet la sangat'... jalal pulak yang makin kurus.. dia baru mms gambar dia outstation tadi.. eh dah slim.. hari tu nampak berisi... aish ni yang rindu ni.. duduk dekat tapi nak jumpa susah.. dah sebulan tak jumpa T_T  *pangggggg!! baru sebulan nisak oi*

eh lama dah tak cerita pasal jalal kat sini.. kalau tak, duk jalal itu jalal ini sampai orang baca pun meluat.. tu baru boipreng gelpreng bukan laki bini lagi.. hik2 tapi tak kisah la.. anyway lama tak cerita pasal dia ni bukan sebab dah break up ke or sebab kena sound selalu tayang boifren wutsoeva.. big no2.. blog aku pun ni kan.. tapi sebab hubungan kami sekarang agak hambar.. eh bukan dingin like we both dah tak mesra.. takkkkk... kami masih gembira bahagia bersama tapi aku je ada konflik dengan diri sebab rasa macam kesian la si jalal ni punya la lama tunggu aku slim tapi aku ni tak pernah ada kesedaran.. tak tahula kitorang ni end up camne.. eh2 doakan la jodoh kami bersama ye.. hik2 gelak miang...

nway today saja la nak share.. dah nasib dapat boipreng yang asyik suruh kurus, so bila sms dengan dia ni.. mestila akan ada part mengejek tu.. aish nak tampo kang dia ada alasan pulak nak cari lain.. so layan kan aje sambil tersenyum.. konon2 motivasi n pembakar semangat la tapi nan ado.. haish tengok... start la nak down ni~

amaran : dah bertahun aku save nama jalal as yang tertera so even agak geli tapi mungkin takkan tukar sebab tak tahu nak letak apa..and ayat mungkin sedikit jiwang so jika geli, tak perlu proceed thanks! anyway aku pernah cita pasal kenapa jalal panggil aku manja HERE

ni memang panggilan kegemaran dia.. 
  

buncit and perut adalah modal utama untuk mengejek

ni pulak masa aku anta resume kat membe dia kerja c3lcom.. keje tu kena panjat pencawang..

hari tu aku tanya dia lepas balik dari kenduri kahwin membe.. suka tengok pengantin pegang tangan je sepanjang masa.. so saja tanya jalal time kahwin nanti dia nak pegang tak tangan aku sebab now ni kitorang memang bukan jenis pimpin or pegang tangan ni.. so jawapan dia sangat erm no komen

wuteva la jalal.. kalau tak korek hidung kang tersumbat pulak.. 

bila excited cakap yeay dah beli basikal maka inilah kata2 semangat yang aku terima.. 

anyway banyak lagi yang lebih anoyying sebenarnye tapi nanti la.. tulis entry ni pun dah ada orang bermonolog kecoh gila minah ni.. so kita stop la dulu.. bagi orang tu beristifar dulu.. hehe till then.. fuh semangat.. ku seruu... kembali lah padaku~

Wednesday, April 27, 2011

cyc week 8~


sekian terima kasih

Wednesday, April 20, 2011

aerobik~

lately ni kan.. ceh lately la sangat kan padahal baru 2 hari.. but still consider as lately la kan.. huhu.. aku punye stamina macam better sikit dari ri tu.. ewah.. sebabnye dalam 2 hari ni aku boleh cycle panjat bukit n tak penat pun.. kalau tak jangan harap.. asal naik bukit curam je mesti nak turun dari basikal n tolak je.. turun bukit punya la hepi kan.. but start isnin lepas.. naik bukit pun aku kayuh je dengan tabah.. maid aku pun kagum sebab dah macam buang tebiat.. pastu semalam pun aku cycling kat kawasan2 yang curam.. kayuh laju2.. tak penat pun n berpeluh macam sungai.. euw but syok wooo!

then malam tadi kan aku gi aerobik.. kira cam first time la.. ya rabbi instructor tu sangat la lincah wei.. umo dah 50 tapi body n muka macam umo 30.. dah la lawa.. dia takde la slim macam model tapi fit la.. badan pun berketak2.. nampak tough.. so orang tough ni bila buat aerobik nampak sexy sangat ok.. but only applicable for woman.. kalau lelaki tough aerobik.. errr tengok dulu camna tough nye tu.. kalau macam sazali tu ermmmm... no komen.. hik2

so aku ni bukan jenis berhenjut2.. or senang cita pasif kot.. aku ni kasar but memang tak reti nak terlompat2.. dah la bila kaki gerak tangan mesti tak boleh nak gerak sekali.. if gerak sekali terus kaki pun lintang pukang.. ei susah betul aerobik ni.. mak aku n geng2 cikgu dia pun lagi hebat.. n meamng diorang komen cakap aku tak pandai menari.. diorang tak tau kot masa aku darjah 2 terpilih untuk menari masa majlis penyampaian hadiah TETAPI lepas sesi latihan, aku kena buang sebab cikgu kata sangat kaku n keras.. hik2.. mawi masa audition AF dulu pun kalah agaknye..

but tak leh deny la.. memang best aerobik ni lagi2 instructor dia sangat lincah camtu.. seronok tengok dia so terikut2 la sekali even gaya  sendiri macam batang penyapu yang dihentak-hentak kelantai.. so tengok la pasni if rajin aku buat sendiri kat rumah.. hamboi... ok till then..

ps : i just realise.. eh bukan just but dah lama.. setiap individu kan perangai lain2.. ada yang  dalam kategori laser, jujur, lemah lembut, pemalu.. tapi perangai individu dalam setiap kategori tu sama.. macam kalau orang jenis banyak cakap mesti cara cakap n susunan ayat sesama mereka sama.. kalau jenis jujur pun sama.. n kalau jenis yang pendiam tak berkawan pun sama.. when everyone try to explain their reason of being them..how happy of being them.. how lucky of being them.. how good of being them.. how everyone look so wrong from their eyes..(ayat org bodo BI, forgive me) suprisingly sama for each category yang bila ko dengar n baca ko boleh expect apa yang dia akan cakap next n again n again.. n each category akan rasa tindakan diorang betul.. ala normal la tu.. mesti la kita defend diri kita kan.. orang gila je yang tak setuju dengan diri sendiri.. macam aku pun.. hik2.. 

Tuesday, April 19, 2011

cyc week 7~

holla... nak update berat untuk cyc ni.. so my current weight is


71kg!!! what????? eceh buat2 terkejut la sangat kan.. padahal dah expect pun.. lagipun sekarang tengah period.. aku ni lately pms je mesti nak makan byk kan... ceh alasan.. haish berat2.. main2 around 70, 71 n 72 je la sekarang.. entah bile nak turun bawah 70 ni.. heh buat2 tanya pulakkan.. selagi tak bersungguh terima la kenyataan nisak oi... anyway for this week, i promise will update the menu.. lama dah tak update.. kalau contest ni strict memang dah lama disqualified..

ok sebenarnye ada cerita nak bagitahu ni.. semalam aku pergi tolong ummi kat sekolah dia.. taip markah sebab nak kena hantar tengahari jugak.. so bila pergi time sekolah tu mestila jumpa cikgu2 lain kan.. jumpa pk hem dia.. lawa jugak la.. kecik je orangnye.. pastu ummi cakap dulu cikgu tu gemuk.. so bila sekolah bukak semua terkejut tengok dia.. seriously cikgu tu kurus sekarang.. n suka tengok dia.. lawa je.. then lepas tolong ummi, cikgu2 lain pun mintak tolong key in markah jugak.. seronok sebab kawan2 ummi semua baik2.. ajak pergi aerobik sume.. bersungguh2 diorang ajak.. ok thats not the story..

then hari ni.. ummi balik je dari sekolah, die cerita yang pk hem tu ada cakap pasal aku.. dia cakap kat bilik guru kuat2
 "anak kak ni tu gemuk la.. kalau ikut KPI dah fail dah untuk anak dara"
ummi cakap dia takde la tersentap sangat sebab mulut cikgu tu memang macam tu.. tapi cikgu2 lain pun sume bengang.. hik2.. sebab tak sangka la cikgu tu leh cakap macam tu tak cover lansung.. depan ummi pulak tu.. pastu cikgu2 lain mestila support aku kan sebab aku dah tolong diorang semalam.. hik2.. tapi nak kata tersentap lepas ummi cerita tu.. takde la sangat.. ye la.. kang tersentap lebih2 ada pulak yang cakap
"dah ko malas nak diet.. cakap je lebih habuk takdak.. terima la padahnye"
 tp seriously tak la sentap mana.. kelakar adala.. kelakar sebab fikir hai pk hem.. kata belajar sampai US.. tapi manner bila berborak kureng.. nak cakap aku gemuk.. bagitahu la aku direct.. no need to cakap kat mak aku kuat2 bersaksikan cikgu2 di bilk guru...nasib la ummi tu cool..lagipun kenyataan kan.. hik2.. tapi takpela.. at least dia dah pk hem pun sekarang.. dari aku yang still penganggur ni kan.. hik2..

so malam ni, aku gi la kelas aerobik sebab kawan2 ummi ajak bersungguh2 tu kan.. sekali pk hem tu ada la pulak.. manis je tersenyum.. camne pun dia memang lawa la.. n after beraerobik ni kan.. aku realize that aerobik is not my thing.. ewah ko ni nisak, dah gemuk nak not my thing bagai kan.. aku lagi prefer aktiviti like bicycle, hiking sume tu.. but seronok la.. peluh gila2... anyway, mesti pk hem tu seronok tengok aku kat gym tadi sebab baru kena sound gemuk sekali dah gi aerobik bagai.. wah tahniah untuk diri sendiri.. but maybe la aku akan gi aerobik ni seminggu sekali.. next entry la cerita pasal ni.. k la dah panjang.. sapa la nak baca ni selain diri sendiri.. hehe till then

ps: before ade org cakap pk hem tu gurau je.. dia seorang yang serius.. and die dengan cikgu lain pun tak rapat.. and jenis tak berkawan.. so thats why bila dia cakap macam tu cikgu lain terkejut.. alah lagipun biasa la mulut laser.. aku pun laser.. cuma berpada2 la.. tapi kat alam maya ni pun ramai la bajet laser tulis itu ini guna bahasa kasar konon jujur la sangat kan cakap kebenaran kalau readers sentap padan muka and konon tu la diri sebenar tak hipokrit wutsoeva so ikut korang la.. mulut korang perangai korang... kalau orang lain sentap n ko puas hati pun.. bukan ko dapat duit aku kan..hik2.. n kepuasan ko tu pun boleh beli kebahagiaan n dapat bau2 syurga kot.. oopss nisak.. are you talking to urself  =P

Sunday, April 17, 2011

gendang gendut~

nak update pasal cyc pun.. aku dah update berat kat fb.. menu pulak.. erm aku tak tulis dah macam ri tu sebab tak diet sangat and makan pun ikut suka..plus duduk rumah nenek etc etc macam hal la so mood nak update fitness pal pun hilang..so tak tahu nak update pasal apa.. ingat nak update pasal confession of an unemployed graduate tapi next time la kot.. tapi sekarang ni masalah besar yang buat aku takde mood untuk everything mmg sebab tak de kerja lagi la.. eh tengok.. terus takde mood.. k la till then..

Monday, April 11, 2011

ubat kurus : Jusmate~

hari ni tiba2 rasa nak share something.. ye la.. bila baca balik entry2 aku ni, semua benda sama.. makan apa, buat apa semua.. so this entry aku nak share la ubat kurus yang aku ada makan..

anyway.. bila cakap pasal ubat kurus.. tak semua boleh terima.. yeah.. lain orang lain pendapat.. tapi kadang2 menyampah baca mereka yang anti gile dengan ubat kurus.. bagi diorang, sapa yang makan ubat kurus ni macam bongok sangatlah.. hai cik kak..kalau ye pun ko dah kurus tanpa makan ubat kurus.. and kalau la semangat semua orang sama macam ko? semua dah kurus macam ko.. tapi kita manusia ni kan lain perangai, lain kebolehan, lain kekuatan, lain ujian.. so please do respect others.. nak nasihat boleh if ubat kurus tu tak ok but jangan la sampai mendowngradekan orang..

eh terbebel pulak..anyway.. hari ni nak cerita pasal jusmate


ni first yang aku try.. umi belanja.. seriously.. mengikut pengalaman aku.. jusmate ni sangat berkesan.. memang berat turun cepat la.. masa makan ni memang at least 1kg seminggu boleh turun disertakan dengan diet la.. and if tengok kolum sesi penimbangan kat sebelah ni pun.. time yang aku cepat and banyak turun sampai 66kg tu.. memang dengan pertolongan jusmate la..tapi aku tak konsisten.. kejap minum kejap tak.. so if konsisten sikit berat pun cepat la turun.. even ada la beberapa orang akan cakap :
i - "ala minum jusmate time lunch.. ko tak boleh makan makanan lain sebab kena minum jusmate.. memang la kurus.. kalau ko tak makan pape time lunch and ko tak minum jusmate pun.. mesti berat ko turun jugak"
untuk kes aku.. ini adalah tidak benar.. sebabnya aku pernah try tak lunch.. or lunch sikit tapi berkhasiat.. selama beberapa minggu.. time tu aku tak minum jusmate.. hasilnya? berat turn sangat la lambat n kadang2 tak turun pun.. padahal pola pemakanan sama..
ii - "lepas ko stop jusmate tu mesti berat ko naik mendadak kan"
yang pasal ni pulak.. aku pernah cerita kat entry INI.. kalau aku tak minum jusmate pun.. kalau aku diet secara normal.. workout, eat less.. then bila stop diet balik.. aku makan nasik lemak 2 pinggan.. lunch makan tambah 2-3 kali.. makan petang makan benda bergoreng.. malam makan tambah jugak.. logik ke berat aku tak naik mendadak or maintain?

sebenarnye.. memang la kita tak boleh depends sangat.. bagi aku.. ubat2 kurus ni macam pemangkin untuk diet.. and mempercepatkan proses diet.. sebab bila minum cepat sikit berat turun.. bila tak minum turun tapi lambat.. tapi manusia ni berapa kerat je yang boleh bersabar lama2 kan..tu kelemahan aku, i admit.. hehe.. anyway.. sekarang aku dah stop minum jusmate.. sebabnya.. takde duit satu hal... and lagi satu.. aku tak suka rasa dia.. tu yang buat aku frust.. kalau la rasa dia sedap.. memang la aku akan still minum sampai sekarang.. tapi cukup la 4 kotak yang lepas.. seksa gila nak minum.. eh jangan salah sangka tau.. kawan2 aku cakap sedap je jusmate tu.. ada yang suka.. tapi aku ni, hatta kordial pun tak gemar sangat..

tapi jusmate ni bagi aku memang bagus la.. selain menguruskan.. kulit pun jadi cantik.. ada orang cakap bila diet, kita kurang makan minyak sebab tu la kulit jadi cantik.. tak minum jusmate pun sama.. tapi buat masa ni.. tak sama la.. sebab sekarang even kontrol makan pun.. jerawat2 halus still tumbuh.. parut pun ada.. masa minum jusmate tu kulit licin ok.. parut pun kurang.. tangkap gambar nampak flawless je.. sekarang nan ado.. nampak parut2 sume..and kawan aku pun niat asal minum jusmate sebab nak kurus.. sekali kulit dia jadi kurang jerawat terus dia minum sebab nak kulit cantik.. tapi tu la.. kalau la rasa dia sedap.. memang aku setia sampai kurus.. sebab dengan jusmate je aku semangat sikit nak diet.. haha lame~

k la.. dah panjang sangat pulak.. next time aku cerita yang lain pulak ye.. tapi aku ni bukan la suka minum yang merepek2.. yang dah establish je aku try.. yang lain belum teringin lagi.. and takut risiko.. and yang jusmate ni pun.. tak semua orang hasilnya sama.. maybe ada orang lain tak berkesan pun bila minum jusmate ni kan.. so papepun kena la try kalau berani n yakin.. tapi beli yang original ye.. =P

Saturday, April 9, 2011

cyc week 5~

sepanjang this week, aku mengalami tahap kemurungan melampau.. tiap masa nak nangis.. sangat la down.. macam2 ada dalam otak.. satu benda tak setel, datang la pulak benda lain.. so aku decide untuk keluar dari rumah and duduk rumah nenek dengan harapan fikiran lebih tenang.. tapi takde la tenang mana.. still emo terlampau jugak.. sikit2 nak nangis.. tak tahulah kenapa.. tapi memang teramat la down.. time kat rumah nenek tu pulak makcik mintak tolong dia kat kantin sekolah sebab pekerja dia tak datang.. maka bermulala masa2 kegembiraan sedikit sebab ada jugak benda yang boleh dibuat.. penat la jugak tolong makcik tu even bila fikir balik apa sangat la aku buat kan.. setakat basuh pinggan beratus2 tu apa la sangat kan.. heh

so bila dah down macam tu, jangan kata pasal diet, pasal jalal pun aku tak larat nak fikir.. time tu jalal sweet macam gila pun aku sedih sebab rasa dia berpura2.. haish punya la down masa tu kan.. semua benda jadi negatif.. time tu parents kal pun aku tak angkat.. rasa lembik lemah semua ada la.. so kat rumah nenek takde internet, takde penimbang.. and of kos la tak fikir lansung pasal diet kan.. so bila balik rumah semalam excited gila nak timbang.. bajet berat naik sebab bibik nenek kerja nye asyik suruh aku makan je.. so my current weight


heh turun la pulak kan 1 kg.. kang next week naik balik.. berat aku sekarang ni betul2 macam realiti kehidupan.. ada turun naik.. heh.. ok la.. oh anyway.. sekarang ni dah takde rasa down dah.. semua dah ok... PMS kot? k la.. till then~

Friday, April 8, 2011

hidup lagi~

salam semua.. lama tak update kan.. dekat kak cahaya pun tak update berat.. sori sangat..  anyway ada something jadi n aku takde kat rumah.. so no internet, no scale, no fitnesspal.. pasal berat ke makan ke update esok.. ok la til then.. ni pun tak hilang lagi penat~

Tuesday, March 29, 2011

cyc week 4~

pejam celik dah week 4.. kalau diet betul2 ni dah boleh hilang at least 4kg.. tapi apakan daya.. cakap tu lagi senang dari buat.. so for week 4 pun aku tak tulis dalam food diary sebab membe datang tu kan.. so ke hulu ke hilir, makan pun macam2 so memang tak ingat la makan apa.. tapi adala la jugak snap sikit gambar..


so berat untuk week 4 adalah


hai 71.. bertemu lagi kita~ anyway maintain ni pun dah cukup bersyukur dah.. sebab aku ingat ada naik.. ye la.. bila member dah datang ni kita entertain dia so takkan nak biar dia makan sorang2 kan.. hehe alasan~ ok till then

Sunday, March 27, 2011

minggu busy~

akhirnya terupdate jugak.. huhu macam la bz sgt kan sampai tak update seminggu.. sebenarnya agak malas and agak bz la jugak... ada membe dari kemaman datang stay umah aku seminggu sebab dia ada interview.. and this week pun kan ada jobs fair.. so 2 hari aku pergi.. sebab semalam pergi tak sempat nak cover semua.. haish.. banyak jugak apply.. if tak dapat tak tau la.. papepun rezeki sume ditangan tuhan kan.. and Dia tau apa yang terbaik..

so last weekend kan bercuti kat kuantan.. memang berat naik la sebab every meal makan nasik.. nyesal? tak pun sebab berat boleh turun tapi ikan patin temerloh susah nak cari.. eceh padahal aku makan tak tau pun ada beza dgn mana2.. so food diary pun tak update sebab tak tahu makan apa.. and kak cahaya pun dah sound sebab naik.. sori kakkk... hehehehe...

and this week sebenarnya pun kan.. tak sempat nak update jugak la.. and i bet berat tak turun jugak ni.. tapi minggu ni memang agak bz mencari kerja.. hari selasa and rabu hari tu pergi job hunting tengah bandar kl and end up gi tengok wayang kat klcc T_T..

ok lah.. tak tahu nak tulis pasal apa.. otak tengah weng.. ngantuk sangat2.. eh ni mmg betul2 ngantuk tak cukup tidur sebab bz.. bukan ngantuk pelik macam entry lepas.. =)

ok saje nak share diari bergambar minggu bz ni..


wiken di kuantan - celebrate birthday aidid, main bowling, karaoke, swimming with family.. heaven~ balik KL  dah lewat petang, sampai karak jem teruk so ayah suruh aku drive.. Karak, malam, jem teruk, hujan lebat, jalan batang kali.. fuh mengucap panjang.. nasib baik ada member tumpang dari kuantan so dia la kawan borak time drive.. kalau tak semua tidur aku je berjaga

isnin -dah la tak cukup tidur sebab sampai tengah malam.. bangun awal sebab nak kejar lunch hour si jalal & kawan sekolah, then misi job hunting yang tidak berjaya & end up berjimba main game kat Alpha Angle wangsa maju


selasa - naik bas dari rawang sebab malas drive.. hujan lebat..  teman member interview & lepas tu reunion kecil-kecilan dgn kawan sekolah menengah.. tengok Merong Mahawangsa, lepaking, gosipping & tepanyakking.. and hari ni pun sampai rumah tengah malam.. naik bas la katakan


rabu & khamis - tak pergi mana-mana tapi disebabkan ada membe jadi tetamu kat rumah maka aku memilih untuk melayan beliau lalu mengetepikan blog.. and for both hari tu aku spend time petang2 berbasikal dgn harapan utk membakar lebihan2 lemak tapi end up bercamwhore tak hengat


jumaat - member interview pukul 9.30 so keluar rumah sama dengan orang pergi kerja.. kat rawang jem ya rabbi so terpaksa la masuk highway and drive ke KL.. if tak, nak naik komuter je.. parking kat kl sentral yang mahal macam nak lempang.. lepastu jalan jauh gila nak sampai ke menara tu.. lepas tu bergegas gi kl sentral balik and drive pergi PWTC.. jem lagi.. ya rabbi.. tabahkan lah hati aku kalau dapat kerja kat KL.. T_T.. balik from PWTC pulak jem teruk kat rawang so terus pergi rumah nenek and tidur sebab sangat penat sementara nak tunggu jem reda.. lepastu bergegas balik rumah sebab malam tu ada membe datang makan and sleepover kat rumah.. and again.. tido lambat.. haish penatnya~

and hari ni pun awal2 dah gerak sebab nak pergi PWTC lagi.. konon nak sampai awal la.. sekali sampai bandar rawang maid kal cakap membe tertinggal henset.. terpaksa la patah balik.. bandar rawang gi rumah aku kat tasik puteri tu dah la jauh ya ampun even rumah aku ni kat rawang.. lepastu macam biasa la nak gi KL.. jemmmm (thats why aku prefer public transport).. pastu membe balik naik bas pukul 3.. meneruskan misi mencari kerja kat pwtc tu sorang2.. pastu drive balik rawang.. jem lagi.. sorang2 drive ni memang bosan.. dengan mengantuk lagi.. sampai rumah terus pengsan..

der.. panjang pulak membebel.. hobi la katakan.. eh before terlupa.. nah gambar berat untuk minggu ni.. di snap pada hari selasa tapi tak upload.. 


nisak, sila insaf T_T


 
Template by suckmylolly.com - header candies by Tayoindesign