Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Saturday, April 20, 2013

Sesi penimbangan pertama kami berdua

suami - from 82kg to 80kg
me - from 79.6kg to 77kg
 
not bad kan untuk seminggu?
 
mode: super duper happy sampai macam-macam makan hari ni.. wahahahaha

Thursday, April 18, 2013

Atkins - day 5

Live from tutti frutti alamanda.. hmm husband mmg tak boleh skip benda manis la. tak makan banyak tak pe. tapi mesti kena ada benda manis. so disinilah kami. And aku pun tumpang sekaki. esok ada sesi penimbangan. Kita tengok ada penurunan tak.. anyway, saja nak share menu for today
Breakfast - 1 telur, 1 hotdog, 1tbsp kewpie mayonis
lunch - 2 kembong stim, 100g kangkung bilis, seketul ayam merah
Dinner - 2 ketul ayam panggang
and supper tutti frutti 5 sudu. wahahaha.. jangan tiru aksi ini

Wednesday, April 17, 2013

Atkins - day 4

boringnya hari ni. again, husband lemah je today. memang tak larat betul. Padahal lunch makan meriah jugak tadi. balik umah baring je. alahai laki ku.
Aku cam biasa. ok je. jadi agak suram la malam ni. dah la kat tv cerita tak best.. mengadap kipas je la. Anyway tadi kitorang semangat pergi alamanda. Dapat voucher ayamas beli 2 ekor ayam panggang dengan harga sekor. konon nak buat stok la.sekali kat kaunter, manager dia cakap dine in je. aiseh tak baca elok2 pulak. gile hape nak makan 2 ekor. Pastu agaknya dia kesian, dia bagi la kitorang take away. tapi tu pun membebel cerita ramai customer datang bla bla guna voucher bla bla tak baca bla bla.. ikutlah akak oi.....
Sampai umah cepat2 mengadap ayam ni. Ikut tahap kelaparan, boleh je nak habiskan 2 ekor tapi husband cakap dah2 stop, kita diet. tu pun after makan 4 ketul sorang. wahaha. K la. Selamat berdiet everyone

bila laki bini berdiet


kenapalah susah sangat nak update blog ye sekarang.. dah la pendirian tak tetap.. kejap nak jadikan blog diet, kejap tak.. ok lah.. untuk enam ratus empat puluh tiga juta kali, aku nak bagitau yang aku tengah berdiet.. haha.. ok sebelum sambung cerita pasal majlis kahwin aku (entah bila pulakkan nak update pasal tu).. ceq nak khabaq yang since 7 bulan kahwin ni, berat kami laki bini naik 7kg bak ang.. adoiiiii.. pengsannnnn~

sesungguhnya hanya di blog ini sahajalah aku berani nak reveal berat aku *konon*.. sebab kat twitter, facebook, instagram ramai membe lelaki.. hik2.. kat sini even diorang baca pun bukan aku tau.. kat sana sah2 senang dibaca oleh mereka2.. tu pun dekat husband sendiri aku tak share berat aku.. malam semalam je terpaksa bagitahu time kitorang diskus strategi berdiet.. eh cop.. kitorang?yeah right.. sekarang ni bukan aku je nak diet.. husband pun nak folo sekali.. seluar dia memang dah ketat tak leh pakai unless rela dilihat seperti sarung nangka.. plus if tengok gambar awal kahwin pun, agak berbeza sikit dengan sekarang.. hamboi.. pandai sangat ke aku masak ni? hik2

 before 

after. ada la beza sikit kan. heh

kisah berat aku pulak.. masa hari perkahwinan, berat aku adalah 72kg.. tu macam dah limit.. aku diet turun 70kg, makan banyak naik 72kg..since aku stop diet dulu, around tu je la berat aku.. so aku bajet memang tu la range berat tetap aku and takkan melebihi 72kg.. memang la nak try diet sampai 45kg (hamboi!!!) one day.. tapi entah bile... aku memang sedar berat aku naik sebab jangan kata seluar and baju je dah ketat.. all the dalams dalams pun dah tak selesa nak pakai..  jadi pada hari khamis minggu lepas.. ofis aku buat health screening and aku pun pergi dengan hati yang hepi.. bile part timbang berat je.. jeng jeng jenggggggggg...

79.6 kg!!!!!!!!!!!!!!!

homaigodddddddddd.... sepanjang hidup, berat aku yang terberat adalah 80kg.. and now, lagi 0.4kg nak sampai limit tu.. no way!!!!!! i blame my husband for this.. hahaha ampun banggg.. amek ko.. dulu sebelum kahwin dok canang kat blog nak kawen nak kawen nak kawen.. dah kawen, terus lupa diri... then bila dah tau berat adalah ditahap kritikal, told husband aku nak diet.. serious! sebab semua dah ketat and kena spend banyak nak beli pakaian baru.. so dari membazir macam tu, baik aku diet.. boleh la berjimat sekali.. and dengan tetiba si husband pun cakap dia nak follow diet.. ok ini sudah bagus..

jadi weekend lepas, officially kitorang dah start diet atkins.. ni first time aku diet atkins..before this diet ikut suka.. nampak cam senang but for us, lagi-lagi husband, diet ini sangat2 susah.. macam aku oklah sikit, dah biase diet.. but husband first time diet and aku rasa macam tengah berpuasa dengan budak baru nak belajar puasa.. kesian.. second day diet, kemain lembek lagi dia.. takda tenaga.. sebabnya laki aku ni sweet orangnye.. hahaha panggg... maksud aku dia ni pemanis.. memang kena minum air manis.. dalam peti ais always ada stok air sirap.. air kosong minum kat ofis je.. kat rumah tak pernah nampak minum air kosong.. jadi bila dia cam collapse, asyik tanya "boleh tak makan ni. boleh tak makan tu".. kejap2 bukak peti ais.. kesian wehhhh.. sampai aku cakap "minum je lah sikit..takpe".. tapi if benda tu high carbs, dia tetap tak nak makan/minum.. memang sangat berdisiplin lah.. padahalnye banyak jugak kitorang makan pun.. bukannya berlapar berpuasa pun.. saikologi betul laki aku ni..

jadi hari ni hari ke-4 lah kitorang diet.. tu pun ada la mengelat lagi.. hari isnin, makan cheesecake sikit.. semalam makan frozen yogurt sikit.. sikit je la.. slow2 la kan.. kesian kat husband. dah nye aku yang pujuk dia makan sikit, dengan aku2 pun gi makan.. supportive la katakan.. wahaha..and semalam ktorang beli penimbang baru.. and sekarang berat aku adalah 78kg... woohooooo.... tolonglah bulan ni turun sampai 70kg.. haha mustahil.. oklah.. doakan kami ye.. haish camne pun, aku tau.. kitorang diet sesama ni, berat lelaki sure lagi cepat turun... sobs abg.. jangan la kurus dulu.. tunggu orang.....


gambar terbaru aku dengan berat 79.6kg tunaiiiiiii

anyway masa malam husband lembek giler tu.. before tidur kitorang berborak as usual

hubs:awak, siyes penat giler diet ni.. 
me: memang la.. awal2 camni la.. sebab dah biasa makan banyak.. bila kurangkan rasa la lemah sikit.. tau pun camne orang rase time diet2 dulu tu.. penat tau
hubs: hmmm kesiannya awak.. punyalah penat camni diet, takde hasil pulak
me:y&^$@*GH#*Y0




 
Template by suckmylolly.com - header candies by Tayoindesign