quote from blog memberku
and soal manusia berubah kerana cinta?omaigod is this really an issue.
manusia memang berubah ubah kot.
kalau tak berubah tak ke pelik.
betulla dia cakap tu.. aku setuju.. manusia memang berubah.. tapi aku tak faham la.. kenapa la kalau yang berubah sebab cinta ni ramai la nak hentam.. bagi contoh terdekat.. aku sendiri la.. bila aku update blog cerita aku kurus sebab nak kawen, sebab jalal.. ada la suara sumbang yang duk perli2 kurus sebab boifren tak kemana la... nanti gemuk balik la.. tak istikhamah la.. macam bangang la.. cari lain la.. ni bukan cinta sejati la.. itu la ini la.. first of all...
AKU NI MENYUSAHKAN KORANG KE? kalau ye aku mintak maaf.. kalau rasa susah sebab menyampah n meluat nak baca, silalah berambus dari sini.. tak perlu baca pun.. yang sakit hati, korang..
ok next, walaupun niat kurus aku ni bukan sebab diri aku sendiri, or bahasa yang jujur, sebab jalal.. tapi aku puas hati.. sebab aku selalu cakap kat membe2 aku.. kalau la jalal tak suruh aku diet, mesti badan aku sekarang dah macam belom udara panas.. kalau la aku dapat lelaki yang menerima aku seadanya, mungkin berat aku sekarang dah mencecah 100kg.. and even time tu boifren aku still cakap "awak gemuk pun saya sayang.." tak ke bila badan dah overweight gila2.. aku still rasa down? still rasa tak puas hati.. still rasa nak kurus.. n still rasa nak kurus untuk buat boifren or suami lebih happy.. n time tu pun still rasa dengki kat orang2 kurus tetap ada.. rasa dengki nak berpakaian macam orang kurus pun ada..
so memang la tanpa kesedaran diri sendiri, diet tu takkan kemana.. i know the facts.. tak payah nak tulis or cakap dengan rude.. tak payah nak perli2.. semua orang tau kenyataan tu.. tapi kita manusia ni berlainan sifat.. aku dengan cara aku, ko dengan cara ko.. ye nak nasihat boleh.. tapi jangan la anggap semua orang macam ko.. eh malas la nak cakap.. sebab golongan yang ego yang sentiasa rasa diri dia betul n sentiasa bercakap berdasarkan hujah2 n yang laser yang tak hipokrit ni memang takkan pernah kalah.. memang akan sentiasa pusingkan balik apa yang orang lain cakap.. orang lain takkan betul.. tapi kalau orang lain buat taik dengan ko, tak payah la nak terasa sangat sebab ko pun selalu buat taik dengan orang yang ko rasa apa ko buat tu betul.. sebab orang tu pun rasa apa yang dia buat kat ko tu pun betul.. eh dah lari tajuk..
pasal suruh break up je dengan boifren yang mementingkan rupa ni.. ok la.. aku gemuk and boifren aku tak suka aku gemuk.. senang cerita la, aku dah ada boifren.. hubungan kami ok.. tapi sebab dia suka komplen pasal badan aku then aku nak kena cari lain ke? cari yang boleh terima seadanya? what??? aku dah elok2 ada boifren pastu nak kena clash and cari lain.. haha.. kawan yang takde boifren pun berlambak lagi.. diorang lagi la.. dah la lawa n peramah.. so i choose to stay and bertahan.. ada jodoh kawen, takde tu ketentuan tuhan.. sementara dah ada pasangan ni baik aku pertahankan.. plus.. takde la terseksa pun.. even jalal selalu ejek, and kadang2 gaduh sebab gemuk ni tapi kami sangat bahagia.. tuhan je tau.. korang yang lawa n hensem pun ada gaduh dengan boifren masing2 kan.. then fact yang lelaki demand pompuan kurus ni possibility untuk main kayu tiga tinggi.. ye aku tau fact tu.. aku pun pernah kena.. 4 tahun lepas.. ye jalal pernah cari pompuan lain yang kurus.. dia pernah tinggal aku.. and now bila kitorang dah bersama ni dia cakap apa yang dia buat kat aku dulu memang sebab kebodohan dia.. n time dia curang dulu pun sebab aku.. aku bengang dia gi jumpa perempuan tu padahal dia bagitahu aku pun dia nak gi jumpa.. aku jugak yang bagi kebenaran.. tapi aku jugak yang mengamuk then tumbuk jalal.. n dia sebak sebab dia cakap perempuan yang dia akan ambik jadi as wife takde respek boleh naik tangan kat dia sedangkan dia tak pernah naik tangan kat aku.. perempuan yang dia gi jumpa tu pun cakap jalal selalu puji aku buat itu buat ini time diorang jumpa.. and kalau orang lain takkan terima dah laki camtu.. tapi aku percaya peluang kedua.. plus memang ada salah aku jugak.. n now pun dah jarang gaduh.. and aku pun dah tak cemburu buta, tak kongkong.. and susah la nak cerita.. aku cakap ape pun orang lain akan cakap laki macam ni tak guna kan.. yang penting dah nak masuk 8 tahun kitorang bersama.. and kitorang dah bincang pasal kahwin.. just tak tau bila.. ingat kitoarang tak nak kawen ke bercinta lama2 tu.. penat tau tak.. nak tanggung dosa banyak lagi.. tapi senang cerita.. peristiwa 4 tahun lepas tu yang buat kitorang main rapat and better.. yang buat kitorang berubah jadi lebih baik.. and aku lebih suka hubungan kami after kejadian dari before...
haa suka la tu aku respon kat perlian2 korang tu kan.. haa ye la korang menang la sebab berjaya buat aku melenting.. suka la tu.. mesti hidung kembang kempis sebab bangga.. tahniah.. cuma aku ni maybe kat alam maya nampak macam kepoh, lembek selalu ada probs emo manjang ntah apa apa wutsoeva... ye la.. melalui pembacaan ni kan dah tau orang tu camne.. hebat korang ni.. kalah ahli nujum.. padahal tak pernah jumpa aku kan.. nak judge macam kenal lama.. tapi kalau korang kenal aku kat luar betul2 korang tau la aku camne.. kalau korang baik dengan aku, aku akan sanggup tolong korang sebaiknye.. tapi kalau ko buat jahat kat aku, kalau aku tak dapat balas guna lidah yang tajam ni, aku akan memilih untuk melakukan kekerasan fizikal.. ye la.. jalal pun dah pernah kena tumbuk dengan aku.. hik2 cakap macam ganas padahal sekali tumbuk je.. ok la.. dah.. ni last entry emo.. lepas ni korang nak teruskan perlian, teruskan membenci, or makin rancakkan lagi perlian cacian.. silakan.. aku takkan tulis dah pasal ni.. cuma percayalah pada balasan tuhan ok.. mungkin hari ni hari ko, next kita tak tahu.. so rilex2 dah la ye sweety.. aku mungkin takkan dapat balas tapi tuhan maha adil ok adik manis
ps : aku ni memang tak reti tulis dengan berhemah la.. awal2 konon nak tulis dengan tersusun tapi end up lintang pukang berterabur.. takpe la bukan harap org lain baca just nak meluahkan perasaan n membuatkan diri ini rasa lebih lega.. fuh boleh kentut dengan lancar sekarang