Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Monday, June 27, 2011

[PD50H] Ulasan weekend & berat T_T

rajin pulak nak mengulas aktiviti wiken ni.. hehe.. hari sabtu tu, disebabkan first pay baru masuk, terus angkut adik2 dengan maid tengok Kungfu Panda 2 kat Tropicana city Mall.. before tu singgah makan dekat ChicKing.. kira macam first meal untuk aku la for that day.. ChicKing ni ala2 KFC la but of course jgn compare dgn ayam KFC ye kawan2.. so aku order Chicken Roll + cheese.. hik2 diet la kononnye padahal sah2 aku punye lagi banyak kalori.. dengan ayamnya, tortilla lagi n cheese.. 


then after wayang singgah rumah makcik and makan la sepiring beriani.. sikit je sebab terliur.. hik2.. then after tu bawak satu family pergi Ice Room.. yeah! mission for week 1 accomplish.. niat memang nak blanje family every weekend.. seronok tengok diorang enjoy aiskrim masing2.. tapi malam tu pulak surau dekat rumah ni ada buat ceramah and ada beriani kambing.. takkan la tak makan rezeki depan mata ni *stop bg alasan please*


then ahad pulak hari bersama buah hati la pulak kan.. benda yang paling best bila jarang jumpa ni, once jumpa rasa bahagia sangat2..and we appreciate each other more.. haish jatuh cinta sekali lagi~ ok so that day kitorang makan Manhattan Fish Market sebab si Jalal ni diet la kononnya.. taknak makan berat.. so kitorang makan la ikan.. sedap jugak eh Manhattan ni.. kitorang order fish grill and ada la sekali food lain dalam pakej promotion tu.. berbaloi.. kenyang gila even makan ikan je pun..


haish semalam antara hari paling best.. first time boleh berbelanja sesuka hati tanpa berfikir.. sebab before this aku kedekut sikit nak beli barang sendiri.. tapi kalau beli untuk family tak pulak.. untuk jalal pun aku kedekut.. hik2..so this time jangan kata untuk family, untuk aku pun aku dah boleh berbelanja tanpa batasan.. but this month je.. bulan2 lepas ni simpan duit untuk kahwin pulak.. tak lame je lagi.. jalal dah warning suruh simpan.. hik2...tungguuu.. so antara catch of the day


ceh padahal wallet tu jalal belikan last week and camera tu dia bayarkan dulu.. bukan belikan tau..  pastu de la foods2 untuk diet atkins aku beli.. main amek and bayar je.. heaven~ and semalam pun dia hepi sebab dia cakap first time keluar date yang dia tak kuarkan duit lansung.. hik2. ye la since die dapat kerja almost 2 tahun lepas memang kuar die belanja sume.. time tu kan aku student and then penganggur.. so this time boleh la gilir2 and bertolak ansur tapi disebabkan aku dengki keluar ni dia tak keluarkan duit lansung.. aku suruh dia belanja baskin robin.. padahal kitorang bukan peminat aiskrim mahal pun..siap kutuk2 lg bazir beli aiskrim mahal.. tapi this time saja nak buang tabiat and maybe lepas ni tabiat ni diteruskan..hik2 thanks jalal! *cop. ni mcm jalal's catch je*

and paling penting.. thanks sebab this time tak keluarkan pun isu berat badan and seems like awak dah tak kisah pun..so orang tak payah la diet eh.. ok gurau.. diet untuk diri sendiri ye cik nisak.. maka dengan itu saya ingin mengumumkan, berat pada minggu ke2 PD50H ialah


again.. 0.5kg sahaja.. kecewa? tak tapi hepi sebab tengok pola pemakanan macam tak patut.. n gambar ni macam tak tepat kan sebab susah giler oi nak snap gambar timbang ni sendiri oi

Friday, June 24, 2011

adik balik, diet hilang~

haish lama pulak tak update blog.. padahal dalam draft berlambat dah entry.. quite bz la this week.. adik yang belajar kat kuantan tu dah habis belajar so bila dia dah ada kat rumah tu.. every malam la ayah buat family eating outside.. eh?

seriously sekarang ni tiap kali balik rumah mesti akan ada lauk sedap.. sebab adik tu bukan jenis pemakan sangat.. so ummi pun masakkan la lauk2 spesel sikit untuk dia bg berselera sikit.. dahla tahap berlapar aku senipis bawang.. memang akan makan jugak la nasik even sesenduk pun.. TETAPI.. kang pukul 9 ayah ajak ramai2 keluar makan lagi.. kumpul anak beranak.. ye la sekarang baru la lengkap family kami berlima.. excited la semua.. lepak mamak la situ la sini la.. malam tadi pulak makan kat restoran Adnan Lee.. chinese food.. haish dah la memang suka chinese food ni..

DANNNN minggu ni kan minggu gaji and bonus kepada sesiapa yang terasa (mcm la mamat tu baca blog ni).. so mula la nak gi makan sedap kat sana sini.. contohnya semalam gi adnan lee tu sebab hari gaji ummi.. pastu hari ni pulak *ehem* my first pay *ehem*.. tau2 la bila dah first gaji ni mesti la totally bukan untuk disimpan.. misi pertama - orang tersayang.. so tomorrow aku akan belanja family kat mana ntah tak decide lagi.. then ahad pulak hari bersama jalal.. selepas berbulan or maybe bertahun aku tak belanja dia.. ni la masanya.. pun tak decide lagi kat mana.. then next weekend pulak.. besday ayah and of course celebrate.. the other weekend kitorang nak pergi bercuti.. the other other weekend si Jalal nak blanja both family dia n aku makan seafood kat Jeram.. so tell me.. camne nak turunkan or at least kekalkan weigt masa hari penimbangan yakni hari isnin..weekend perosak diet!! *moto terbaru* T_T

so my first gaji ni aku bertekad nak beli food2 untuk diet atkins.. start next week insyaAllah.. so balik ni nak bagi beras2 kat jiran sebelah.. biar satu rumah tak makan nasik so that takde la terliur ke apa.. hik2 mau kena lempang.. erm i guess this week takde berat turun kot.. k la.. tetiba termengantuk pulak.. tata

Wednesday, June 22, 2011

masib belum terlambat, untuk ayah~

isha pening la..
"tu la gemuk sangat.. memang la cepat pening"

isha sakit perut ni..
"tu la tak exercise.. memang la sakit macam2"

isha demam ni..
"makan tak jaga.. exercise tak.. memang la demam"

isha sakit tekak sangat ni..
"tu la makan lagi macam2.. memang la sakit tekak tu"

isha diet ni..
"diet tapi tak exercise tak guna jugak"

isha nak gi main basikal ni..
"tengok la lagi sebulan terdampar la basikal tu"

T_T


oh ayah ku.. even kalau isha cakap tangan terseliuh pun ayah relate kan dengan kegemukkan isha.. even berat isha turun and ayah still tak yakin dengan isha..tapi isha tau ayah nak isha amek kata2 ayah sebagai pembakar semangat untuk kuruskan badan, tak cepat give up and  tak mudah down dengan setiap kritikan.. i luv u ayah~ and 'amazingly'.. mostly kata2 ayah tu memang betul pun T_T

oh ayah saya yang sarcastic inilah juga yang menitiskan airmata depan doktor bila saya disahkan denggi hampir kritikal 2 tahun lepas.. bila seorang ayah yang tegas n agak garang menitiskan airmata, sangat meruntun jiwa seorang anak~ 




i luv u ayah.. and one of the reason isha nak lose weight is because of you, ayah~

"isha baik kurus cepat.. kang Jalal lari kang.. jangan main2 sha.. ayah lelaki ayah tau la.. umi gemuk takpe, dah kawen dgn ayah pun"

T_T

selamat hari bapa

Tuesday, June 21, 2011

[PD50H] sesi penimbangan minggu 1~


berat sekarang.. 71.5kg.. dang! turun 0.5kg je nisak T_T.. 

eh tak2.. aku tak give up lagi.. gagal minggu ni tak bermaksud minggu seterusnya pun gagal kan.. oklah.. nak update banyak tapi malam ni tak berapa nak larat pulak.. penatnya working lifeeee T_T

Monday, June 20, 2011

malunya i episod 2 : Istiqamah~

another one T_T


sebenarnye kan, bila baca balik blog ni.. entah kat celah mana la aku selitkan menda yang membawa kepada motivasi.. hik2.. hangat-hangat tahi ayam banyak la.. oh maybe tu la motivasinya.. "nak diet betul2 and taknak jadi hangat2 tahi ayam macam nisa!" ok abaikan.. entah bila la aku pulak yg nak termotivasi bila baca blog sendiri.. anyway thanks Drlinda..u pun sehebat Efa.. u both sangat la istiqamah! sikap yang paling i idamkan!salute!!  anyway, at least bila dapat dua komen macam ni terus rasa i need to do something! malu weiiiiii *sambil menolak sepinggan nasik lemak yg dah terhidang depan mata*

ps: should be aku update pasal berat mingguan PD50H but tak boleh nak transfer picture plak.. anyway i lost 0.5kg sahaja T_T.. its ok.. minggu ni ada lg kan.. never give up!

Saturday, June 18, 2011

[PD50H] Embunan Emas Homestay Kulim~

ya tuhan! Hadiah ni antara yang paling aku suka dalam contest PD50H.. ni yang rasa nak fight untuk merebut hadiah embunan emas ni.. please2 aku cop hadiah ni tau.. hik2.. sebagai seorang yg suke berjalan menikmati keindahan alam.. semestinya pakej yang ditawarkan embunan emas sangat berbaloi untuk dimiliki.. ewah ayat berterabur habes

ok kenapa aku nak sangat hadiah ni.. first sebab kedudukan dia kat kulim, kedah dimana seorang lelaki yang aku suka dalam diam tinggal berdekatan area ni *pangggg jangan miang boleh*.. ok sebabnya impian aku sekarang adalah untuk melancong satu malaysia and nak masuk setiap ceruk tempat yang ada dalam setiap negeri tu.. kalau boleh aku tak nak miss setiap tempat yang menarik yang ada kat dalam malaysia ni.. so apakah tempat menarik yang ada kalau aku tinggal di embunan emas ni?

tadaaaaaaaaaa
.
.
.
.
.
.
.


pernah dengar air terjun junjung? haa diam je.. tak pernah lettewwww... see.. tengok gambar je dah tau suasana nya tenang and mendamaikan.. nampak sejuk and indah je.. a must go place before die!hik2.. tapi nak tau apa yang lebih menarik.. kedudukan nya hanya 5-10 minit sahaja dari embunan emas.. what?? sangat dekat ok.. so kalau nak datang sini wajib bermalam di embunan emas..


lihatlah tuan-tuan dan puan2.. betapa cantik and kemasnya rumah2 yang ada di tembunan emas ni.. dah la dekat dengan sungai, rumah pun cantik, siap ada gazebo lagi.... kawasan pun luas.. jangan kata nak berbbq and bersukaneka.. nak bercucuk tanam pun boleh..ok yg ni tipu. so takde reason lagi untuk tak memilih embunan emas sebagai tempat persinggahan keluarga.. ok let me brief sikit pasal embunan emas ni..embunan emas ada 2 unit rumah... seri embun and seri intan.. apa bezanya?



unit yang ni lebih besar and boleh muat 20-25 orang.. so untuk mereka yang mempunyai ahli keluarga besar yang aktif n sering mengadakan famili day.. maka tempat ini adalah sangat sesuai.. unit ni ada 3 bilik.. dah la semua bilik ada aircond.. ada water heater.. ruang tamu besar.. dapur pun luas and dilengkapi peti ais, microwave and dapur gas.. apa lagi yang korang nak? semuaaaa dah ada ni.. tinggal bayar and masuk je.. tapi i tak payah bayar sebab i dapat ni free nanti..



bagi mereka yang mempunyai keluarga besar yang mungkin lebih selesa menyendiri dan tidak gemar bersosial.. jangan bimbang.. dengan bilangan ahli keluarga kecil seramai 3-5 orang pun anda masih boleh berseronok di embunan emas ni.. maka untuk anda.. unit ini adalah yang paling sesuai.. semuanya lengkap.. rumah yang cantik.. katil and hiasan dalaman yang kemas dan selesa.. ada aircond, tv dan dapur.. so apa lagi.. sila packing sekarang.. sebelum tu sila book dulu ye kawan2.. nak book dimana?


sila klik gambar diatas untuk maklumat lanjut.. dengan harga yang berpatutan, anda boleh menikmati pengalaman yang mendamaikan and menenangkan jiwa.. apa tunggu lagi.. jom kita serbu!

Wednesday, June 15, 2011

malunya i~

ni haa ada benda nak share.. isk2~


ok abaikan part comel tu *ehem*... tu dah lame i tau *ehem*... ok dah.. bukan tu yang aku nak tunjuk.. tapi nak tunjuk si Efa ni.. huwaaaaa... how come? dia bersemangat nak diet and jumpa this blog.. and berjaya turunkan 18kg!!!!!!!! so aku ni feeling la blog aku ni pemberi inspirasi kononnya*ehem jgn perasan boleh*.. tapi kenapa readers pulak yang bersemangat habes.. yang writer ni how come? menulis je lebih.. semangat takde.. hik2.. tapi pengajaran dari kisah Efa ni.. to all dieters and bloggers sekalian.. hik2.. kadang apa yang kita tulis memang la tak memberi kesan kat kita and tak rase pape pun.. tapi untuk readers, kita tak pernah tau.. well ada yang benci n tak suka.. ada yang appreciate.. papepun aku kalau baca blog orang2 diet ni pun rasa semangat and kagum sangat.. tapi erm itulah.. erm *tersipu-sipu*

anyway, efaaaa.. hebatnya awak!!! sangat2 la kagum dengan awak.. apa kata sekarang awak pulak yang tulis blog and share tips.. biar saya pulak yang baca.. hik2.. eh banyak nak tahu ni.. berapa lama awak diet? and nak tengok pics before and after please~ =P sure kami2 yang tengah berdiet ni sangat la kagum and makin bersemangat untuk diet.. anyway thanks sangat untuk komen tu.. awak berjaya membuatkan saya sangat2 bersemangat untuk berdiet and nak lawan awak.. wah gitewww... and awak jugak la yg komen ajak makan sama kat ou kan.. silalah datang wahai efa.. saya sambut dengan karpet merah.. *fuhhh... harap2 ni betul efa, bukan jalal.. hik2*

Tuesday, June 14, 2011

[PD50H] week 1~

haish penat pulak lately ni.. padahal bukan wat ape pun.. ni la kalau duduk rumah jauh from office.. penat ulang alik.. dah la laluan tu kalau tak jem, nak kiamat la dunia.. seriously.. jem pulak panjang.. tapi takpe la.. tu baru dugaan dunia.. hik2.. so untuk PD50H ni, if aku tak sempat update blog, memang aku update kat fb je.. sebab kat fb je la senang nak update.. upload gambar pun laju.. and tak payah nak membebel2 macam kat blog..cepat dan tuntas.. hehe.. ingat nak update gambar food but nanti la.. aku memang tangkap gambar tiap food yang aku makan.. tapi nak pindahkan ke laptop pun malas.. bukan malas.. penatttt.. T_T

Monday, June 13, 2011

[PD50H] perjuangan bermula~

hasil daripada reminder seperti yang dipost kat FB PD50H, maka pagi ni tidaklah aku terlupa untuk menimbang berat. al maklumlah.. timbang berat pagi2 buta ni bukan perkara rutin.. lagi2 kalau tempoh bangun and bersiap tu sentiasa dalam mode kelam kabut.. hik2.. so my starting weight for PD50H is




yeah turun 0.5kg.. hik2 pelik tapi benar.. makan bukan main tak ingat lagi nak join program.. see.. makan banyak pun berat turun.. tak payah la nak diet.. hik2 ok kidding.. ok maka dengan terpost nye entry ini, perjuangan pun bermula.. Chayok nisak!!

Sunday, June 12, 2011

baju banyak pun tak cukup~

adat la orang perempuan.. baju menggunung dalam almari pun still cakap takde baju.. alasan nak shopping lagi lettewwww *sila muncungkan bibir*


nah sama la macam kes aku.. tengok gambar atas ni macam banyak kan baju even takleh lawan baju2 korang pun..hehe.. tapi hakikatnye sikit je ni.. eh bukan alasan nak shopping tauuu.. kenyataan.. percaya atau tidak.. baju yang tergantung ni lebih banyak yang tak boleh dipakai dari yang boleh dipakai.. thats why kalau tengok aku letak gambar kat blog ni mesti baju sama je.. sebab memang takde baju.. isk2 T_T

hik2 k la.. saja nak mengadu nasib.. baju banyak dah ketat.. and bila gemuk ni aku memang tak suka shopping sangat pun.. *ye la tu*

Saturday, June 11, 2011

[PD50H] Program diet 50 hari~

wooohooo... aku join contest lagi.. untuk kali ketiga.. yang aku tak tau adakah nasib contest ni sama macam contest2 yang lepas.. hik2.. takpe la.. selagi mampu, aku cuba.. takkan pernah mengalah.. ewah.. so hari ni aku agak rajin and buang tebiat.. tanda apakah ini? selalunya aku la umat paling malas nak add orang kat FB.. tapi hari ni habis aku add peserta2 PD50H ni.. lepastu hari ni pun rajin la pulak add blog list peserta2.. tanda2 penuaan ke or tanda2 akan kurus tak lama lagi.. hik2.. ok sebagai memenuhi syarat pertandingan which is to upload gambar full body and timbangan.. so here they are..


first time rasanya upload gambar from tepi.. membe2 ramai cakap aku ni macam kamus.. if pandangan sisi, nampak lebar bukan main.. hik2.. anyway, baju ni memang dah ketat sekarang.. butang part dada sikit lagi nak terpelanting.. gerak lasak sikit konfem koyak baju tu.. padahal time diet hari tu.. baju ni dah boleh pakai ok.. time tu tak ketat dah.. siap pakai gi jalan2 lagi.. tak caya tengok ENTRY INI.. see ada beza kan... nak pakai sekarang? kirim salam~


and inilah berat aku sekarang.. wahaha.. kejap naik kejap turun.. macam ranjau kehidupan.. heh

and untuk peserta2 lain.. semangat berdiet! kita boleh yeah! and untuk penganjur.. tahniah sebab contest mendapat sambutan.. semoga akak tak pening nak manage perangai tiap2 peserta *lagi2 mcm saya* sampai hari terakhir.. hik2.. till then~

Tuesday, June 7, 2011

saya giant, saya ok~

tam : mok, orang nak pergi Giant jap ye
mok : awak ni.. hari-hari pergi Giant.. suka sangat kat Giant tu
tam : sukala.. mok pun giant ape.. kui2..


fine.. good reason Jalal~

Sunday, June 5, 2011

anda bila lagi~

first of all, congrats to pemenang2 CYC.. salute lah kat korang! hik2.. sori to penganjur sebab tak update.. aku tak bz pun sebenarnye but aku tak bukak pun blogger.. kat office pun setakat bukan twitter n fb je.. pastu sampai rumah everyday pukul 7 lebih.. lembek weh.. so nak update pun wiken je.. again, tahniah banyak2 and sori sangat2 =)

actually, dalam 2 minggu ni.. ada banyak benda yang buat aku makan hati berlaku dekat sekeliling..

1. seorang gadis yang kecik sikit je dari aku akan melansungkan perkahwinan hujung tahun ni
2. seorang gadis yang lebih besar dari aku akan bertunang tidak lama lagi and berkahwin tahun depan
3. seorang gadis yang sama besar dengan aku baru sahaja bertunang
4. semalam masa dinner kat kedai, ada newly wed tengah makan dengan team of photographer after photoshoot.. pengantin lelaki sangat hensem ok.. kurus tinggi.. tapi pengantin perempuan sangat besar.. besar giler wehhh.. 2 kali aku.. muka pun garang sikit.. hik2.. oh man.. mana dia dapat lelaki hensem yang boleh terima dia seadanya.. dengki tau.. hehehehe

anyway, i pun apa kurang nye aww.. *sila lempang*

mok : tam nak ape first gaji, lama dah xbeli pape kat awk. sori T_T
tam : takpe la mok.. org dah xde nak ape dah.. rasanya semua org nak dh dapat.. tinggal nk kawen dgn mok je.. org dah ade motor besar ni org hepi sangat even maintanance mahal.. dah kawen dengan mok nanti lengkap la hidup org..
mok : sweet nye tammm.. waaa cairnya
tam : kalau org guna ayat ni tekel awek lain musti cair jugak kan mok.. mentor orang sekarang ni saleh yaacob... 
three words... HAMPEH LU MAT!

Sunday, May 29, 2011

hidup sebagai pekerja~

haish ape nak cerita ye.. actually nak tulis pasal food kat one utama but next time sebab tak puas hati tak dapat floorplan ou.. nanti bila dah ada baru nak story mory.. anyway.. seperti post lepas.. aku sekarang dah menjadi seorang pekerja.. tidak lagi duduk menternak lemak kat rumah.. tapi menternak lemak kat opis plak..

currently, im hepi with my job.. sebabnye aku tak de kerja lagi.. hik2.. kang dah ade kerja  mau sumpah seranah kan..actually hari isnin sampai khamis tu agak down sebab takde kawan lagi, kerja pun takde padahal satu team busy sebab dah month end.. balik rumah bila ingat pasal tempat kerja sure nak nangis.. sedih lain macam n i guess tu mesti PMS.. sekali amek ko, hari khamis memang cik bulan datang.. so hari jumaat terus hepi n fall in love with my job..

anyway, kedudukan ofis aku pun sangat la tak strategic untuk orang yang berdiet.. hik2 alasan ke seribu pat ploh pat.. office aku next to seri pentas and one utama.. so area tu, parking paling murah adalah dataran yang terletak di new wing one utama.. kena jalan agak jauh from new wing to old wing tapi demi RM1/day, ku gagahkan diri.. plus ni la impian aku.. dah kerja nnti nak parking jauh2 so that boleh jalan kaki and exercise la kononnye..


see jauh kan.. dah keluar ou kena lalu lobby hotel pulak.. mencabar gila laluan gi opis..

TETAPI.. kalau la laluan perjalanan ko adalah di dalam mall.. and melalui floor G & LG dimana segala mak nenek kedai makan ada.. agak2 sampai manakah nafsu makan mampu bertahan... dari parking ke ofis, aku melalui lebih kurang 40 kedai makan.. kfc, kenny rogers, sushi king, carls junior, mcD bla bla bla.. ewah cakap macam banyak duit je kan nak makan situ sini.. tapi dah memang time lunch, ou la satu2nya tempat yang logik untuk makan.. kalau ada cafe office macam time intern dulu ye la jugak kan.. but memang plan akan bawak bekal someday.. for the time being, aku nak bersosial dengan colleague dulu.. takkan baru2 masuk dah nak berbekal and menyendiri sorang2 kat pantry.. aku tau ada antara korang prefer macam tu but for me, tak boleh la.. aku tak suka makan sorang2.. aku seorang yang suka berkawan..

oklah.. nanti bila dalam akaun dah ada duit, sesape yang datang ou time weekdays sila lah roger.. mane tau bernasib baik aku belanja.. eh serius ni.. seronok jugak dapat tambah kawan2 ni.. and kalau nak suruh tolong surveykan pape pun do let me know.. aku sudi membantu.. sebab survey menyervey ni pun memang hobi aku.. till then

Friday, May 27, 2011

pms, sila berlalu dengan segera pliz~

Tam : jap lagi orang nak kuar lepak makan.. jangan jeles 
Mok : lepak la tam sementara bujang ni
Tam : kalau tak bujang nape mok
Mok : kena spend masa dengan bini la
Tam : waa lupe lak.. bini dah la asyik peot
Mok : gile! kalau tak peot tak dpt anak. nak ke?
Tam : tapi mok cam dah ngandung je

T_T

Thursday, May 26, 2011

saya penat kerana~

i am no longer a jobless
______________________


jangan kata ko, aku pun heran..

Friday, May 20, 2011

reason diet ke laut~

salam semua.. my current weight remain same.. eh kate diet? lerr tak knal lg ke perangai aku.. hik2..

anyway, korang yang diet ni.. ada tak satu time yang buat korang tak fikir lansung pasal diet and makan like there's no tomorrow.. heh cam aku.. ade certain la yang buat macam tu

1. during PMS

read it somewhere, bila nak period and ko makan banyak, its not a mitos.. itu normal.. bukan aku je tapi seluruh dunia.. tak caya gi google, so itu bukan alasan.. hik2.. feeling dia macam, bila ko tak makan ko rasa sangat sedih.. time tu tak payah la sebut diet.. lagi la sedih.. so for this reason, dimaafkan.. so ni some artikel or others experience pasal PMS binge ni..



2. on vacation

sapa yang dapat kawal nafsu makan masa travel n holiday, i salute! hebat ok.. aku memang tak dapat la.. kawal sikit ada.. but SIKIT.. makan nye banyak.. masa travel la peluang aku nak rasa macam2 food.. and usually even aku gained weight masa travel pun, aku tak menyesal.. sebab at least aku pernah rasa and after this mana tau dah takde peluang.. or worst, tetiba one day nikmat makan kena tarik? ceh alasan sangat kan.. sampai bila tak kurus camni.. hik2


PS: pernah baca blog sorang ni.. dia kena cancer apa ntah.. sebaya aku.. dia tak boleh makan macam2.. dia just boleh makan bubur.. so ada satu entry tu dia list food2 yang dia teringin sangat nak makan.. and dia cakap one day bila dah sembuh dia nak pergi makan semua ni.. dia menyesal masa dia sihat, dia concious sangat dengan berat so dia tak nikmati sangat apa yang dia makan.. and guess what? dia tak sempat.. Al fatihah to her..

3. family gathering

yang ni pun.. tengok event la.. if balik kelantan and makcik2 panggil datang kumpul and makan kat rumah dia.. sila la lupakan diet.. sebab makcik2 aku ni selalu excited bila family kitorang balik kelantan so mereka akan masak a lot! mereka tu bukan di bawah satu rumah ye kawan2.. makcik yang ni ajak datang rumah dia malam ni.. malam esok makcik lain pulak.. sampai la hari kitorang nak balik.. and makcik2 ni pulak jenis kalau masak, macam nak buat kenduri.. contohnya macam kat bawah


duduk ramai2 bersila.. tak ke indah tu.. hehe

4. last - bila sedih

aku ni ngada-ngada..aku diet bila aku hepi.. macam dulu..yang aku berjaya turun banyak tu.. time tu aku hepi.. mana ade aku tulis entry emo sangat time tu kan.. bila hepi aku rasa lapang dada and rasa ikhlas untuk buat benda yang aku nak buat.. tu yang boleh diet dengan jayanya.. takde tekanan.. tapi since grad ni, hidup aku dirundung kesedihan.. dengan tak dapat kerja lagi, hari2 kat rumah kena bebel.. buat itu salah ini salah yang memang salah aku pun.. hik2.. tapi biasa la.. remaja~. pangggg ko dah dewasa ok nisak!.. so bila sedih and tertekan, satu je solution untuk aku.. MAKAN.. yes makan je yang buat aku hepi.. aku tak kisah orang nak cakap poyo ke alasan ke.. tapi bila sedih and ko cam buntu ape nak buat selain berdoa.. bila ko rasa loser and takde sape.. makanan je la benda yang ada yang boleh ko buat hepi.. yang dapat terima ko.. yang bila ko tengok ko rasa nikmatnye hidup ni ada korang semua.. hik2.. patut la ade pepatah kenyang perut suka hati.. its true

k la.. sebenarnya panjang lagi nak cakap.. next time la.. daa.. hepi berdiet bagi mereka2 yang kuat..

Wednesday, May 11, 2011

hahahampeh~

alamak! dekat nak tidur ni baru teringat nak update berat.. takde perubahan pun.. hehe.. ok2 nanti dah cerah aku upload pics.. buat masa sekarang nak share ni


sapa yang search ni sila mengaku! hik2 terima kasih buat aku tergelak sorang2 tengah malam ni..

Tuesday, May 10, 2011

mother's day~

wallpaper baru henset aku really work!! bila nak makan tengok wallpaper and baca msg tu terus rasa oh man, tahan pliz!

and last week, sebenarnya nak update and cerita yang happy sangat sebab aku dapat kawal nafsu makan.. last week pergi interview kat bandar utama.. then ingat nak singgah one utama nak beli takoyaki tapi tahannnnn.. oh ni mungkin satu pencapaian terhebat buat masa ni sebab hari tu aku sanggup datang jauh2 just because this takoyaki.. then lalu pulak kedai mamak yang serve the cheapest kari kambing in town.. eceh padahal dulu hari2 pergi sampai mamak tu bagi diskaun melampau.. nasik dengan kari kambing membukit makan setahun pun kenyang = RM3.50.. mana nak dapat weiii.. aney tu kalau nampak kereta aku dari jauh pun sengih2.. sehari 2 kali aku makan kari kambing.. memang tak boleh tahan.. but last week, suprisingly, tak tergoda pun.. hoorayy for me!


TETAPI.. jeng jeng jeng

khamis last week, nenek sedara datang tidur kat rumah.. sorang from kedah and lagi sorang from kelantan.. and both sangat terer masak.. so diorang datang rumah aku bukan tidur semata2.. diorang masak! and i eat a lot! jumaat malam mereka masak laksa lemak yang kuah macam laksam tu.. ya rabbi sedapnye.. makcik yang kelantan tu memang pakar.. kuah pekat lemak memang da bom la.. and sebenarnya memang tak terliur pun.. tapi bila dia semangat isikan dalam mangkuk and bagi aku.. takkan aku nak tolak.. mula2 memang tolak tapi dia marah cakap penat masak untuk isha tau.. yes! memang dulu dia masak aku sangat suka and tambah banyak kali.. tapi now isha diet la mak usu T_T.. tapi disebabkan dia dah isikan siap2 and time tu takde orang lain yang boleh makan so aku terpaksa la makan.. makan dalam tangisan.. wahaha

then jumaat tu makcik yang kelantan tu masak laksa penang and yang kedah tu masak telur ituk masak lemak cili api.. actually laksa penang ni bukan fevret aku pun.. aku tak gemar sangat pun.. tapi macam biasa, dia isi siap2 and aku tiada pilihan.. lepastu makcik kedah pulak siap2 hidangkan telur itik tu kat aku.. weh orang tua ni kalau semangat hidang n suruh kita makan n ajak makan sekali, sangat touching tau.. rasa disayangi.. hik2.. dah la jarang jumpa.. setahun sekali.. so aku terpaksa la makan.. noooo ini bukan alasan tapi memang betul2 terpaksa makan sebab dikelilingi kasih sayang yang menggembirakan.. *eleh*

then sabtu pulak.. last day mereka kat rumah aku.. mak aku buat nasik dagang.. and nasik dagang pun bukan la fevret aku sangat.. tapi bila makcik masak gulai ikan tenggiri tu terliur la pulak sebab nampak sangat sedap.. and yes.. hari sabtu tu memang makan dengan kerelaan hati.. tapi tak banyak pun.. makcik2 tengok pun kesian sebab diorang tau aku makan banyak and bila diorang tengok aku amek sikit je nasik tu diorang sedih.. hik2 comel betul nenek sedare 2 orang tu.. dah la sepanjang hari duduk kat dapur ramai2 sambil bertukar resepi.. macam kelas masakan yang kecoh.. menyampuk sikit kena sound sebab pening resepi bercampur2..
nasi dagang tersedap sepanjang hidup.. tak suka pun jadi suka

and yesterday, seperti yang kita tahu, mother's day.. disebabkan aku still penganggur so aku tak boleh la bagi present yang best2.. tapi aku spend a lot untuk beli barang2 masak.. so semalam aku masakkkkkk


lamb chop and chicken chop.. ala hidangan biasa.. but aku suka sangat sebab semua aku yang prepare.. from marinade, gravy and mashed potato *org tak pandai masak mmg camni, masak telur pun excited*.. ummi duduk diam2 dalam bilik.. ni semua resepi dari makcik aku.. and seriously.. gravy resepi makcik aku ni sangat la sedap.. ummi and ayah pun suka sangat and dia cakap after this makan western kat rumah je la sebab rasa dah setanding kedai.. ummi pun puji mashed potato tu.. happy bila tengok family kita hepi dengan apa yang kita buat.. so ummi, bila isha dah kerja nanti, isha akan belanja ummi selalu ye..

 ummi n mak cik nya.. i luv u ummi! 

and today, diet pun bermula~

Wednesday, May 4, 2011

PB dan angin~

disebabkan hari ni asyik sendawa tanpa henti maka aku nak sharela apa yang membuatkan aku sendawa ni.. fyi, aku ni seorang yang sangat susah nak keluarkan angin.. ada orang jenis urut sikit je terus sendawa.. aku ni setakat kentut je.. tapi kentut pun setakat sekali sehari or bila nak je tapi tak la selalu pun *mathei kena bomb ngn membe ni kang*

so aku ni selalu pening and mostly disebabkan angin.. kadang2 migrain.. pastu bila orang urut, susahnye nak sendawa.. sendawa pun macam tersekat.. memang angin stuck la kat dalam badan ni.. ada sekali tu tak tahan sangat, undescribeable.. so ummi panggilkan tukang urut.. pastu bila dia urut memang dia cakap badan aku ni macam tong angin.. sangat banyak angin.. tapi aku susah la nak sendawa.. sikit je.. tukang urut tu pulak yang sendawa gila2...

so lately ni, terajin pulak nak pakai premium beautiful... act PB aku ni dah 10 tahun kot.. lama dah ummi beli dari kawan dia.. pastu ummi malas pakai dia bagi aku.. dulu aku dah pernah pakai la lepas SPM.. pastu masa diet yang sampai 66kg tu pun pakai.. tapi time tu tak ingat la effect dia camne.. aku pakai sebab bila pakai, nafsu makan terkawal sikit sebab perut penyek.. and lama tak pakai sebab leceh.. banyak sangat bahagiannye.. huhu.. so bila start pakai pb ni.. asyik la sendawa je.. dari semalam lagi.. so rasa lega sangat.. effect lain, kita tunggu.. sebab this time rasa nak tengok pulak hasil pakai PB ni dari segi inci ke apa.. haha dah lama pakai baru nak eksperimen this time kan..


anyway kalau la ada penjual PB baca blog ni.. saya nak tanya, kalau yang rangka ke apa ntah yang kaler putih ni dah terkeluar dari PB ni.. boleh repair ke? hari tu pernah baca kat mana ntah, free je.. is it?

lunch for today

and wallpaper baru henset aku

T_T

 
Template by suckmylolly.com - header candies by Tayoindesign